Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pemprosesan Grafik Xe Intel Tiger Lake Dikatakan Menyamai Prestasi Nvidia MX350

Pemprosesan Grafik Xe Intel Tiger Lake Dikatakan Menyamai Prestasi Nvidia MX350

Diterbitkan Julai 7, 2020 oleh Meor Hasyim

Dalam dunia PC, seluruh dunia sedang menantikan pelancaran cip terbaharu Intel iaitu Tiger Lake. Ini adalah kerana ia juga dimuatkan dengan grafik terbina Xe yang merupakan peningkatan besar dari segi prestasi berbanding grafik Intel Graphics sebelumnya.

Sebelum ini telah tular bahawa grafik dari Intel Tiger Lake ini mampu untuk memainkan permainan Battlefield V dalam fps 30 stabil untuk tetapan rendah. Perlu diingatkan ia merupakan satu pencapaian yang sangat bagus kerana ia adalah cip grafik terbina dan bukannya grafik berasingan seperti Nvidia atau AMD Radeon.

Terkini, terdapat perbandingan yang dilakukan dengan membandingkan prestasi grafik ini kepada grafik jenis khusus iaitu Nvidia MX350. Melaluinya, boleh dikatakan prestasi grafik Xe adalah lebih kurang sahaja dengan MX350. Grafik Tiger Lake Xe mampu mencatat markah OpenCL sebanyak 59845 manakala MX350 pada 59828.

Ia merupakan kemenangan besar untuk Intel memandangkan ia mampu menghasilkan prestasi menggagumkan sebegini untuk sesebuah grafik terbina

Tukar Nama Paparan Twitter Kepada Elon Musk, Dan Akaun Anda Akan Dikunci

Intel Tiger Lake ini merupakan binaan dari 10nm dan dijangka akan dimuatkan dalam kebanyakan ultrabook tidak lama lagi. Acer Swift 5 yang terbaharu dikatakan telah menggunakan cip ini namun setakat ini tiada ujian prestasi dilakukan untuk mengiyakannya.

Sumber: TUM_APISAK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY