Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pemilik Apple TV 4K Bakal Nikmati Sistem Audio Dolby Atmos

Pemilik Apple TV 4K Bakal Nikmati Sistem Audio Dolby Atmos

Diterbitkan Jun 5, 2018 oleh Haikel Areff

Bermula semalam, 4 Jun 2018, telah bermulanya satu program persidangan tahunan yang mengumpulkan pembangun-pembangun bagi produk Apple iaitu Apple Worldwide Developers Conference 2018. Program ini akan berlangsung selama 5 hari sehingga 8 Jun di California.

Dan pada hari pembukaannya semalam, Ketua Pegawai Eksekutif mereka, Tim Cook telah membuka persidangan dengan memperkenalkan serba sedikit berkenaan pembaharuan yang akan mereka bawa kepada produk keluaran mereka pada tahun ini.

Pemilik Apple TV 4K Bakal Nikmati Sistem Audio Dolby Atmos

Antara perkara yang dinyatakan oleh pihak Apple semalam ialah berkaitan dengan sokongan sistem Dolby Atmos ke peranti Apple TV 4K serta Apple TV Generasi Ke-Empat mereka. Perkara ini menjadikan dua peranti ini sebagai peranti penstriman yang pertama untuk menerima sokongan sistem Dolby Atmos dan Dolby Vision.

Pemilik Apple TV 4K Bakal Nikmati Sistem Audio Dolby Atmos

Selain itu, Apple turut memperkenalkan sistem ‘zero sign-on’ yang akan membolehkan pengguna menikmati kandungan kabel TV berbayar melalui yang dilanggan tanpa perlu mendaftar masuk. Ia dapat dilakukan hasil kerjasama antara pihak Apple dan Charter Spectrum, pembekal kabel TV berbayar dari Amerika.

Kemaskini ini dijangka akan menemui pengguna sekitar September tahun ini dan ia boleh didapati secara percuma.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY