Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 14 – 2

Pemilik Android Kurang Emosi Terhadap Telefon Mereka Berbanding Pemilik iPhone – Kajian

Diterbitkan Oktober 3, 2024 · Dikemas kini Oktober 3, 2024 oleh ariff bukhari

Laporan terbaru oleh Rakan Penyelidikan Perisikan Pengguna (CIRP) mendedahkan, pemilik iPhone didapati setia dengan telefon mereka lebih lama daripada pengguna Android.

CIRP berkata, pemilik iPhone dengan senang hati menunggu lebih lama untuk memiliki telefon baharu di mana mereka melihat pengguna iPhone lebih lama memiliki telefon mereka.

Bagaimanapun, pemilik telefon Android pula mempunyai corak pemilikan yang sangat berbeza.

Berdasarkan set data mereka, CIRP mendapati daripada semua pembeli telefon mudah alih, pemilik iPhone akan terus menggunakan telefon mereka itu selama tiga tahun atau lebih.

Sebaliknya, hanya 21% pemilik Android masih setia menggunakan telefon mereka yang sama yang sudah berusia tiga tahun atau lebih.

Pemilik Android Kurang Emosi Terhadap Telefon Mereka Berbanding Pemilik iPhone – Kajian
Carta menunjukkan tempoh pemilikan telefon pintar terdahulu dalam dua belas bulan berakhir Jun 2024.

Malah CIRP mendapati 57% daripada pemilik Android tidak lagi menggunakan telefon Android mereka walaupun peranti itu baru berusia kurang daripada dua tahun.

CIRP dalam laporannya menyimpulkan bahawa jelas sekali, telefon Android ditinggalkan pemiliknya lebih awal berbanding pemilik iPhone.

“Sudah tentu, pemilik Android boleh bertukar antara pengeluar, jadi mereka mempunyai peluang tambahan untuk mempertimbangkan ciri baharu. Lagipun, peratusan besar harga telefon Android adalah lebih murah berbanding iPhone, jadi pemilik Android kurang melabur – dari segi ekonomi dan emosi – terhadap telefon pintar semasa mereka.”

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Pengguna Tidak Tergesa-Gesa, Permintaan Untuk iPhone 16 Pro Lemah Dari Dijangka - Penganalisis
  • Malaysia Akan Beralih Daripada Protokol Internet Versi 4 (IPv4) Kepada IPv6 

Sumber: Consumer Intelligence Research Partners

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY