Pembesar suara yang menggunakan fungsi AI ini dikatakan akan menjadi pesaing bagi modelĀ Apple HomePod, Amazon Echo serta Google Home. Pada laporan awal juga daripada Digitimes, Facebook merancang untuk memperkenalkan dua model pembesar suara pintar pada bulan Mei, namun terpaksa ditangguhkan ke bulan Julai sebelum laporan terbaru mengatakan mereka akan lancarkan peranti tersebut pada seawal-awalnya bulan Oktober tahun ini.
Dua pembesar suara itu masing-masing dinamakan sebagai Aloha dan Fiona di mana kedua-duanya akan dilengkapi dengan skrin paparan sentuh 15 inci dari LG. Aloha dijangka akan mempunyai harga yang sedikit tinggi berbanding Fiona kerana pemiliknya akan memiliki kebolehan untuk mengubahsuai paparan Aloha berbanding Fiona.
Dalam pada itu, langkah yang diambil oleh Facebook ini dinilai agak berisiko oleh pemerhati industri kerana produk bakal pesaing mereka, Apple HomePod baru-baru ini mengalami penurunan permintaan yang mendadak. Pengedar HomePod terpaksa mengurangkan permintaan mereka daripada 500,000 unit sebulan ke 200,000 unit sebulan sahaja berikutan prestasi jualan yang tidak memberangsangkan.
Sumber
Berkaitan
- Peminat Boleh Bermain Permainan Blizzard Secara Live di Facebook
- Menangi ASUS Zenfone Max Pro Menggunakan Facebook dan Instagram Anda Sekarang
- Whatsapp Pinjam Status Warna Warni Facebook
- Dating - Ciri Terbaru Daripada Facebook Yang Bakal Menyaingi Tinder
- Anda Kini Boleh Mainkan Video Instagram dan Facebook Melalui Aplikasi Whatsapp
- Kampus Ibu Pejabat Facebook Inc. Di Menlo Park Terima Ancaman Bom
- Facebook, Twitter dan Youtube Dilaporkan Akan Dapat Diakses Semula Di Hainan, China Tidak Lama Lagi
- Ciri Baru Facebook Membolehkan Anda Berbual Dengan Orang Tidak Dikenali
- Xiaomi Buat Kejutan, Apple vs Netflix, Facebook Bermasalah, Realme 3 Masuk Malaysia
- Perlis Larang Penjawat Awam Rakam Video Live Di Facebook Semasa Berkerja