Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pembekal Cip Apple Dan Qualcomm Terpaksa Hentikan Pengeluaran Akibat Serangan Virus

Pembekal Cip Apple Dan Qualcomm Terpaksa Hentikan Pengeluaran Akibat Serangan Virus

Diterbitkan Ogos 5, 2018 · Dikemas kini Ogos 6, 2018 oleh Helmi Samsuri

TSMC atau Taiwan Semiconductor Manufacturing Company terpaksa menghentikan operasi dibeberapa buah kilang ekoran dari serangan virus pada sistem komputer mereka malam kelmarin.

Menurut laporan dari Bloomberg, TSMC mengeluarkan kenyataan bahawa sebahagian peralatan fabrikasi telah “dijangkiti” virus.

Tindakan lanjut telah diambil untuk memperbaiki keadaan dan pengeluaran telah berjalan semula namun terdapat juga kilang yang masih lagi dihentikan operasinya.

TSMC percaya ia bukanlah angkara dari pengodam luar tetapi masih belum dapat dipastikan siapa yang bertanggungjawab terhadap hal ini.

Mengulas lanjut perkara ini, Lora Ho, ketua pegawai kewangan TSMC mengatakan mereka pernah menghadapi serangan virus, tetapi ini adalah pertama kali ia mengakibatkan  bahagian pengeluaran terhenti.

TSMC merupakan pengeluar semikonduktor terbesar dunia dan membekalkan komponen kepada syarikat besar perkomputeran seperti Apple, Qualcomm, Nvidia dan beberapa yang lain.

Sumber: Bloomberg

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY