Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pembedahan Pertama Yang Di Rekod Menggunakan Kaca Mata Snapchat

Pembedahan Pertama Yang Di Rekod Menggunakan Kaca Mata Snapchat

Diterbitkan Disember 22, 2016 · Dikemas kini Disember 22, 2016 oleh Helmi Samsuri

Anda kini boleh menonton pembedahan yang dirakam menerusi kaca mata dari Snapchat, ‘Spectacles’. Shafi Ahmed, seorang pakar bedah di United Kingdom telah menggunakan Spectacles pada awal bulan ini dalam satu pembedahan bertujuan menunjukkan prosedur merawat penyakit hernia kepada pelajar-pelajarnya.

_92965031_shafi3

Kira-kira 200 orang pelajar menonton rakaman Dr. Shafi yang setiap satunya berdurasi 10 saat. Di dalam video rakaman itu, Dr. Shafi menerangkan pelbagai prosedur pembedahan merawat Hernia termasuk beberapa bahagian anatomi badan manusia. Untuk tujuan rakaman ini, beliau mempunyai seorang pembantu yang akan membantu beliau mengendalikan Spectacles. Dengan itu beliau tidak perlu kerap menanggalkan kaca mata itu dan juga tidak perlu membasuh tangan berulang kali.

ht_doctor_virtual_reality_surgery_01_jc_150313_16x9_992

Perkara ini bukanlah suatu yang pelik kerana sebelum ini, Dr. Shafi Ahmed turut memakai Oculus Rift dalam satu pembedahan kanser. Beliau yang juga salah seorang pengasas syarikat teknologi Medical Realities,  kini mahu menggunakan sistem realiti maya Oculus Rift untuk mewujudkan program “Bedah Maya,” program perintis yang akan membolehkan pelajar untuk merasai pembedahan diilhamkan dari operasi sebenar sebelum menjejakkan kaki ke dalam bilik pembedahan.

Amaran: Video ini mengandungi kandungan grafik yang mungkin keterlaluan bagi sesetengah penonton.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY