Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
STR 2024 featured image

STR 2024 Fasa 1 Akan Dikreditkan Mulai 29 Januari

Diterbitkan Januari 26, 2024 ยท Dikemas kini Januari 26, 2024 oleh Amalina Athman

Kerajaan hari ini mengumumkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 untuk penerima berdaftar dalam pangkalan data STR yang layak akan dikreditkan mulai Isnin, 29 Januari 2024.

Berkaitan

  • Belanjawan 2024: Permohonan STR 2024 Bermula November, Dibuka Sepanjang Tahun
  • Permohonan STR 2024 Kini Dibuka, Ini Yang Perlu Diketahui

Pembayaran ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan.

STR 2024

Semakan status kelayakan STR boleh dilakukan dari semasa ke semasa melalui portal rasmi STR di pautan bantuantunai.hasil.gov.my.

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, permohonan baharu perlu dibuat bagi membolehkan proses pengesahan mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Seperti dimaklumkan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, permohonan dan kemas kini STR 2024 dibuka sepanjang tahun, berbanding tempoh tertentu sebelum ini.

Selain STR Fasa 1, kerajaan juga mengumumkan pembayaran pertama program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tarikh yang sama. Namun, bagi penerima di Johor, Melaka, Pahang, Perak dan Perlis akan diawalkan satu hari kepada 28 Januari 2024.

Bantuan barangan keperluan ini akan dikreditkan secara automatik menggunakan MyKad penerima bermula tarikh tersebut.

Sumber: Kementerian Kewangan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Facebook Perkenal 'Your Algorithm' - Pengguna Kini Boleh Sesuaikan Cadangan Kandungan Feed, Reels
  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
©2026 WISER.MY