Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aiot realme

Pelbagai Produk AIoT realme Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Disember Ini

Diterbitkan November 25, 2020 oleh Amalina Athman

realme pada Jun lepas telahpun mengumumkan barisan peranti AIoT untuk pasaran tempatan. Antaranya termasuk jam tangan pintar, fon telinga tanpa wayar, penjejak kecerdasan serta powerbank.

Terbaru, dengan tema Leap to Next Gen, realme Malaysia sekali lagi bakal melancarkan produk AIoT yang terkini pada 3 Disember ini.

realme AIot Leap to Next Gen

Melalui poster yang dimuatnaik, ia memperlihatkan produk yang bakal diperkenalkan pada minggu hadapan. Antara yang menarik adalah realme Smart TV.

Kemungkinan TV ini adalah model yang sama dilancarkan di India pada Mei lalu. Di India, TV ini hadir dengan dua varian iaitu 32 inci yang menawarkan resolusi HD. Sementara itu, model 43 inci pula hadir dengan resolusi Full HD.

Dalam pada itu, realme juga bakal melancarkan produk lain termasuk jam pintar, fon telinga, kamera keselamatan, fon telinga TWS, berus gigi elektrik dan sebagainya.

Acara pelancaran ini boleh ditonton melalui halaman Facebook realme Malaysia pada 3 Disember 2020, 12 tengah hari.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY