Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Padam Data “Cache” Pada Pelayar Edge

Pelayar Edge Kini Kesan ‘Extension’ Yang Menyebabkan Isu Prestasi Pelayar

Diterbitkan September 22, 2024 oleh ariff bukhari

Memasang sambungan (‘extension‘) pada pelayar boleh menjadikan anda lebih produktif dan membantu anda memperibadikan Microsoft Edge mengikut keperluan anda.

Walau bagaimanapun, jika anda melihat sedikit kelewatan dalam memuatkan halaman, ini mungkin disebabkan oleh sambungan yang dipasang itu.

Jadi, bagi meningkatkan pengalaman pengguna bersama pelayar Edge, Microsoft memperkenalkan pengesan prestasi sambungan  untuk membantu anda mengetahui  sambungan yang memberi kesan kepada prestasi pelayar Edge.

Pengguna Edge bukan sahaja akan mula dimaklumkan tentang isu prestasi jika sambungan secara berterusan memberi kesan kepada prestasi pelayar, tetapi juga akan diberi pilihan untuk melumpuhkan sambungan yang didapati memberi kesan pada prestasi Edge.

Pelayar Edge Kini Kesan ‘Extension’ Yang Menyebabkan Isu Prestasi Pelayar

Untuk permulaan, pengesan prestasi sambungan Edge akan mula dilancarkan kepada sesetengah pengguna Edge Canary 130.

Tetapi bagi anda yang mahu mencubanya sekarang, anda boleh taip edge://flags/#edge-performance-extension-detection dalam tab atau tetingkap baharu, pilih Enabled, dan kemudian mulakan semula pelayar anda.

Pelayar Edge Kini Kesan ‘Extension’ Yang Menyebabkan Isu Prestasi Pelayar
Ciri ini mungkin belum tersedia untuk semua pengguna.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY