Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelancaran Xiaomi Mi Watch Premium Edition Ditunda Sehingga Februari 2020

Pelancaran Xiaomi Mi Watch Premium Edition Ditunda Sehingga Februari 2020

Diterbitkan Disember 29, 2019 oleh irfan suhaimee

Xiaomi merupakan syarikat pengeluar telefon pintar yang semakin melonjak namanya di persada dunia. Bukan sahaja telefon pintar, tetapi pelbagai produk teknologi juga dihasilkan oleh Xiaomi.

Pelancaran Xiaomi Mi Watch Premium Edition Ditunda Sehingga Februari 2020

Pada November lalu, bersempena dengan pelancaran peranti terbarunya Xiaomi CC9 Pro, pihak Xiaomi juga turut mengumumkan jam pintar keluarannya. Jam yang dinamakan Mi Watch  itu dilihat mempunyai rekaan seakan Apple Watch.

Menurut sumber, Mi Watch Premium Edition yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini ditunda pelancarannya ke Februari 2020. Manakala Mi Watch versi biasa telah mula dijual di pasaran China dengan harga $186 (RM 766).

Menurut sumber, pihak Xiaomi telah membuat permohonan maaf di laman Weibo,

Pelancaran Xiaomi Mi Watch Premium Edition Ditunda Sehingga Februari 2020

Kredit : Gizchina

Kepada Peminat Mi

”Terima kasih atas perhatian anda kepada Xiaomi Mi Watch Premium Edition. Di sini, kami ingin menyatakan permohonan maaf. Kami sedang berusaha untuk memberikan pengalaman penggunaan yang cemerlang dan stok yang mencukupi, Xiaomi Mi Watch Premium Edition pada asalnya akan dilancarkan pada akhir tahun ini, namun ia akan ditunda ke Februari 2020. Pelancaran tersebut akan ditayangkan pada siaran rasmi Xiaomi seperti Xiaomi Mall, Xiaomi Youpin dan Xiaomi Tmall.

Kami berharap ia akan menepati jangkaan para pengguna jam pintar Xiaomi untuk memberikan mereka pengalaman yang berlainan ketika menggunakannya. Sekali lagi kami ingin memohon maaf atas penundaan penjualan produk ini.”

Xiaomi Mi Watch Premium Edition bakal hadir dengan rekaan bingkai “stainless steel” dan paparan “sapphire crystal”. Ia dijangka akan dijual dengan harga $286 (RM 1180).

Sumber : Gsmarena, Gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY