Pelancaran Samsung Galaxy Note 8 Bagi Pasaran Malaysia Dijadualkan Berlangsung Pada 21 September Ini

Rasanya seharian anda disajikan dengan berita-berita mengenai produk Apple yang dilancarkan lewat pagi tadi dan kini terdapat satu berita yang bakal mengalihkan tumpuan anda iaitu, Samsung Galaxy Note 8 dikhabarkan akan menemui peminat tempatan pada 21 September hadapan pada acara pelancaran rasminya untuk pasaran Malaysia.

Sebelum ini, pra-tempah bagi model tersebut sudahpun berlangsung dari 5 September dan tamat pada 10 September lalu. Melalui pra-tempah berkenaan, pembeli menikmati pelbagai tawaran menarik seperti, rebat tunai bernilai RM321, Pelindungan Tambahan Samsung,  powerbank berkapasiti 5100mAh dan pelindung skrin yang mana kesemuanya sekali bernilai RM888.

Jadi jika kepada anda yang tidak berkesempatan membeli peranti ini secara pra-tempah bolehlah menunggu sehingga tarikh pelancaran rasmi itu nanti.

Adakah Galaxy Note 8 akan mengekalkan status sebagai telefon pintar berkuasa di pasaran, ataupun menyerahkan takhta kepada iPhone X?

Apa pendapat anda?

Sumber: Lowyat.net