Beberapa Peranti Samsung Galaxy Fold Yang Diberikan Kepada Pengulas Telefon Mengalami Kerosakan

Samsung Galaxy Fold telah mencetus fenomena apabila dilancarkan beberapa hari sebelum MWC 2019 tempoh hari kerana harganya yang agak tinggi.

Walaubagaimanapun, harga yang tinggi itu nampaknya tidak menjamin kualiti yang setaraf apabila beberapa buah peranti tersebut yang diberikan kepada pengulas telefon antarabangsa dilapor telah mengalami kerosakan.

Antara pengulas yang terlibat ialah Steve Kovach dari CNBC dan Mark Gurman dari Bloomberg. Kedua-duanya melaporkan kerosakan ini melalui akaun Twitter masing-masing.

https://twitter.com/stevekovach/status/1118571414934753280

https://twitter.com/markgurman/status/1118574467255418880

Kerosakan ini merupakan satu tamparan hebat buat Samsung, tambahan pula apabila ia dijadual akan memasuki beberapa pasaran baru dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan terbaru, Samsung berkata mereka akan menyiasat perkara ini dan memeriksa semua peranti yang terlibat secara terperinci untuk mengetahui masalahnya.

https://twitter.com/MKBHD/status/1118580472576118787

Selain itu, beberapa pengulas lain(termasuk MKBHD) dikatakan telah membuat kesilapan apabila cuba untuk menanggalkan "pelindung skrin" yang dianggap sedia terpasang pada skrin peranti ini.

Hakikatnya, ia bukanlah pelindung skrin namun merupakan lapisan plastik untuk melindungi panel skrin peranti.

Akan tetapi, kita perlu menunggu keputusan siasatan dan maklum balas daripada pihak Samsung terlebih dahulu mengenai kejadian ini.

 

Sumber: The Verge