Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelancaran Nokia 9 PureView Mungkin Ditangguh Sekali Lagi

Pelancaran Nokia 9 PureView Mungkin Ditangguh Sekali Lagi

Diterbitkan Januari 14, 2019 oleh Haikel Areff

Beberapa minggu lepas, kita disajikan dengan ura-ura mengenai pelancaran Nokia 9 PureView telah diawalkan, iaitu pada bulan Januari berbanding Februari.

Satu video acah bagi peranti tersebut yang dikatakan tertiris atas talian menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Baca juga: Video Acah Nokia 9 Pureview Tertiris, Beri Gambaran Beberapa Fungsi Menarik

Bagaimanapun, HMD Global mungkin terpaksa menangguhkan pelancaran model telefon pertama dengan lima kamera utama itu sekali lagi.

Mereka dijangka membuat keputusan untuk kembali memperkenalkannya semasa acara MWC 2019 yang akan berlangsung di Barcelona, hujung bulan hadapan.

Sebelum ini, Nokia dikatakan mahu melancarkan peranti tersebut semasa musim luruh yang lalu(September-Disember), namun terpaksa ditangguhkan akibat masalah pada tetapan kamera.

Pelancaran Nokia 9 PureView Mungkin Ditangguh Sekali Lagi
@91Mobiles

Selepas itu, mereka merancang untuk membawa peranti ini ke acara MWC 2019, namun menerima kecaman daripada pelbagai pihak. Ia sekaligus membuatkan mereka mengambil keputusan untuk menjadualkan majlis perkenalan Nokia 9 PureView pada bulan ini.

Akan tetapi, berita mengenai penangguhan ini masih lagi belum mendapat pengesahan dari pihak HMD Global setakat ini.

Pada penghujung minggu lepas, terdapat laporan menyatakan bahawa telefon ini bakal diperkenalkan secara rasmi di Dubai penghujung bulan ini dan jemputan ke majlis tersebut dijangka akan mula dihantar pada 16 Januari.

Sama-sama kita nantikan maklum balas rasmi dari pihak HMD Global berkenaan perkara ini dalam masa terdekat.

 

Sumber: Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY