Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelancaran Honor 10 Dijadualkan pada 15 Mei Ini

Pelancaran Honor 10 Dijadualkan pada 15 Mei Ini

Diterbitkan April 5, 2018 · Dikemas kini April 5, 2018 oleh Haikel Areff

Selepas baru sahaja melancarkan model P20 dan P20 Pro pada 3 April lepas, syarikat Huawei berkemungkinan besar akan melepaskan satu lagi telefon pintar di bawah jenama Honor, iaitu Honor 10 pada 15 Mei akan datang. Perkara ini menjadi satu persoalan apabila satu jemputan telah dihantar oleh pihak Huawei melalui Honor kepada wakil media untuk  menghadiri sebuah majlis yang akan diadakan di London, UK pada tarikh tersebut.

Pelancaran Honor 10 Dijadualkan pada 15 Mei Ini

Melihat kepada imej GIF di atas, kelihatan seperti ia menggambarkan bahawa peranti terbaru Honor ini akan dilengkapi dengan paparan skrin sesentuh pada bahagian hadapan serta sisi. Selain itu, frasa ‘Beauty in AI’ juga memberi satu keterujaan bagi penggemar fotografi di mana terdapat kemungkinan yang ciri AI yang digunakan oleh Huawei pada peranti siri P20, akan turut dinikmati melalui model Honor 10 ini.

Pelancaran Honor 10 Dijadualkan pada 15 Mei Ini

Buat masa sekarang, masih belum dapat diketahui sebarang maklumat tentang ciri dan spesifikasi Honor 10 ini namun ia dijangka memiliki ciri yang hampir sama dengan model Honor View 10, tetapi dengan paparan skrin yang lebih kecil berbanding 5.99 inci yang dimiliki model Honor View 10.

Sebarang maklumat terkini berkenaan peranti Honor 10 ini akan kami kemaskini pada masa akan datang.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY