Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Harga MI 11

Pelancaran Global Makin Hampir, Ini Mungkin Harga Yang Akan Ditawarkan Untuk Mi 11

Diterbitkan Februari 5, 2021 oleh Amalina Athman

Akhir tahun lalu, Xiaomi telah mengumumkan peranti andalan terbaru mereka iaitu Mi 11 untuk pasaran China. Peranti ini hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 888.

Baru-baru ini, Xiaomi Malaysia juga telah mengesahkan pelancaran global Mi 11 akan berlangsung pada 8 Februari nanti. Menjelang pelancarannya tidak lama lagi, harga peranti ini pula dilaporkan telah tertiris.

Menurut laporan, Mi 11 akan ditawarkan dengan harga bermula €799 (~RM3896) bagi RAM 8GB dan 128GB storan untuk pasaran Eropah. Sementara itu, varian dengan RAM 8GB dan 256GB adalah sekitar €899 (~RM4384).

Jika benar ini adalah harga yang akan ditawarkan kelak, ianya dikatakan adalah jauh lebih mahal berbanding varian yang ditawarkan di China. Walaupun begitu, harga tersebut sebenarnya adalah sama seperti yang ditawarkan pada Mi 10 ketika di awal pelancarannya.

Namun, memandangkan pelancarannya bakal hadir beberapa hari sahaja lagi, nantikan pengumuman Xiaomi berapakah harga yang akan ditawarkan kelak.

Dalam pada itu, masih menjadi tanda tanya jika Mi 11 untuk pasaran global akan hadir dengan dua pilihan (pembelian tanpa atau bersama pengecas), pada harga sama atau sebaliknya.

Sumber: Android Authority

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY