Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelan Terbaru TM Unifi Wireless Broadband : 60GB Data Untuk RM79/Bulan

Pelan Terbaru TM Unifi Wireless Broadband : 60GB Data Untuk RM79/Bulan

Diterbitkan April 4, 2018 · Dikemas kini April 4, 2018 oleh Haikel Areff

Telekom Malaysia melalui Unifi telah menawarkan satu lagi pelan internet mudah alih terbaru mereka yang dinamakan sebagai Unifi Wireless Broadband. Harga yang ditawarkan oleh pihak TM untuk pelan ini adalah RM 79 sebulan (RM 83.74 termasuk 6% GST) untuk data sebanyak 60GB tanpa sebarang kontrak dikenakan.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Naib Presiden Eksekutif UniFi, Imri Mokhtar. Beliau berkata dengan ketiadaan kontrak ini akan memudahkan pelanggan untuk memberhentikan langganan tanpa sebarang penalti. Disebabkan ketiadaan kontrak ini juga pelanggan diwajibkan untuk membeli router tanpa wayar Huawei 4G B618 dengan harga potongan RM 599, jauh lebih murah berbanding harga pasaran sekitar RM 1100 – RM 1400.

Pelan Terbaru TM Unifi Wireless Broadband : 60GB Data Untuk RM79/Bulan

 

Dengan menggunakan router keluaran Huawei tersebut, sebanyak 64 peranti boleh menggunakan sambungan internet dari pelan ini pada satu masa yang sama. Huawei 4G B618 ini menyokong sambungan tanpa wayar 2.4GHz dan 5GHz. Pelan ini akan menggunakan liputan isyarat yang sama dengan UniFi Mobile’s LTE, para pelanggan dinasihatkan untuk menyemak tahap kekuatan isyarat di kawasan anda sebelum mengambil keputusan untuk melanggan.

Para pelanggan yang  berminat boleh pergi ke cawangan TM Point yang terpilih berdekatan anda (boleh semak di sini) untuk keterangan lanjut.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY