U Mobile melalui pelan pra-bayar & pasca-bayar giler kini memberikan pengguna penggunaan data tanpa had.
2 pelan yang dipanggil GX50 untuk pelan pasca-bayar manakala GX30 untuk pelan pra-bayar memberikan pengguna data tanpa had dan had data tertakluk jika telefon pintar digunakan sebagai tempat sambungan tethering kepada telefon pintar lain.
GX50
Caj sebulan penggunaan adalah RM 50 mengandungi data 5GB (tethering),data tanpa had dan juga panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Had kelajuan data dikekalkan pada tahap 5Mbps.
GX30
Caj yang dikenakan untuk tempoh sebulan adalah RM 30 dan mengandungi data 3GB (tethering) termasuk data tanpa had untuk penggunaan sendiri. Tempoh panggilan selama 10 minit diberikan percuma untuk setiap hari atau caj sebanyak RM 0.24/minit untuk panggilan tambahan. Had kelajuan data dikekalkan pada tahap 3Mbps.
Walau bagaimanapun, data percuma untuk penstriman video atau muzik hanya tertakluk untuk resolusi 480p.
Pengurus Besar Kanan U Mobile, Lee Fook Heng berkata had kelajuan data adalah mencukupi untuk kebanyakkan pengguna walaupun menggunakan aplikasi yang memerlukan data yang banyak.
Pengguna pra-bayar sedia ada boleh menukar pelan GX30 melalui aplikasi MyUMobile atau mendail talian sokongan di *118#.
Setiap pengguna baru boleh membeli pek permulaan yang dijual pada harga RM 8.50 yang mengandungi kredit RM 6 dan data sebesar 300MB yang sah untuk penggunaan seminggu.