Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelajar UNIMAS Berjaya Hasilkan Reka Bentuk Cip Pertama Sendiri

Pelajar UNIMAS Berjaya Hasilkan Reka Bentuk Cip Pertama Sendiri

Diterbitkan September 21, 2026 · Dikemas kini September 21, 2026 oleh ariff bukhari

Sarawak melakar sejarah baharu apabila pelajar universiti tempatan di sana berjaya mencipta reka bentuk cip pertama mereka sendiri.

Pencapaian itu didedahkan di Majlis Ekosistem Pembangunan Bakat Semikonduktor di Kuching.

Cip tersebut dihasilkan oleh 3 mahasiswa dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang terdiri daripada Martin Kennedy Wan Alexander Taylor, Mohamad Iszuanessrol Nasir dan Emmanuel Jawin Jerry Tanny dengan bimbingan pensyarah, Dr Dayang Nur Salmi Dharmiza Awang Salleh.

Pelajar UNIMAS Berjaya Hasilkan Reka Bentuk Cip Pertama Sendiri
Pasukan UNIMAS itu berjaya mereka bentuk cip penyelarasan isyarat Op-Amp tersuai di mana ia kemudiannya diaplikasikan dalam prototaip Arduino Based Temperature Monitoring System, untuk memproses data suhu dan kelembapan pada masa nyata.

Cip itu lahir melalui Pertandingan Reka Bentuk IC SMD 2025, di mana pertandingan selama 14 bulan itu memberi peluang kepada pelajar untuk mereka bentuk dan memfabrikasi cip sendiri di XFAB Kuching.

Apa yang menjadikan pencapaian ini lebih bermakna ialah para pelajar telah menempuh seluruh proses, bermula daripada mempelajari peralatan industri dan mereka bentuk litar, hinggalah kepada peringkat pengujian, penambahbaikan, dan akhirnya menyaksikan reka bentuk mereka menjadi cip silikon yang nyata.

 

“Projek itu dibangunkan selama setahun dua bulan meliputi keseluruhan proses pembangunan litar bersepadu, bermula daripada reka bentuk litar Op-Amp, reka bentuk susun atur atau layout design, proses tape out sehingga packaging cip.Usaha berkenaan membuahkan hasil apabila cip sebenar berjaya dihasilkan dan seterusnya diaplikasikan sepenuhnya dalam sistem prototaip yang dibangunkan,” UNIMAS.

Pelajar UNIMAS Berjaya Hasilkan Reka Bentuk Cip Pertama Sendiri
Selaku Juara Keseluruhan ICDC25 anjuran SMD Sarawak Sdn Bhd, pasukan UNIMAS membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta trofi kemenangan.

Premier Abang Johari menegaskan pencapaian ini membuktikan cita-cita Sarawak untuk menjadi hab semikonduktor semakin nyata.

Beliau menekankan kepentingan melahirkan pereka cip, inovator dan pemilik teknologi dalam kalangan anak Sarawak, sekali gus menyumbang kepada ekonomi melalui pemilikan harta intelek dan komersialisasi.

Pelajar UNIMAS Berjaya Hasilkan Reka Bentuk Cip Pertama Sendiri
Walau bagaimana pun, cip yang dihasilkan ini tidak akan dikomersialkan, sebaliknya akan digunakan sebagai bahan pendidikan dan bengkel untuk pelajar Sarawak pada masa akan datang. Kredit: Suara Sarawak

Sarawak kini merancang untuk memperluas keupayaan semikonduktor ke bidang kecerdasan buatan, tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa dan teknologi satelit.

Sarawak menerusi Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductors telah pun menjalin kerjasama dengan pemain industri antarabangsa seperti memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Linyang Energy Group bagi membawa teknologi yang dibangunkan dalam ekosistem Sarawak ke peringkat aplikasi komersial.

Malah, Makmal Industri SMD telah ditubuhkan di UNIMAS bagi mewujudkan ruang khusus kepada pelajar pascasiswazah dan jurutera muda untuk bekerjasama secara langsung dengan golongan profesional industri, sekali gus menghubungkan konsep akademik dengan pengalaman praktikal dalam reka bentuk IC dan pembangunan silikon.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Sistem Pintar Dibangunkan UTM Ini Sudah Digunakan Di Lebih 1,000 Sekolah Di Malaysia
  • Huawei Perkenal Seni Bina Peerium, Gabung Jutaan Pemproses Jadi Satu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • WhatsApp Kini Benarkan Sesiapa Sertai Panggilan Tanpa Akaun, Percuma Tanpa Had Masa
  • Tak Lama Selepas Sony Berjaya Tutup Kedai Cetak Rompak PS5, Klon Lain Pula Muncul 
  • Indonesia Cadang Beri Telefon Percuma - Setiap Peranti Dilengkapi Akaun Digital
  • UniSHAMS Dan TP-Link Malaysia Jalin Kerjasama Lahirkan Bakat Teknologi Masa Depan Negara
  • 3 Headphone Jenis Retro Terbaik
  • Samsung Kekal Jenama Telefon Pintar Terbesar Di Dunia
  • Permainan Mudah Alih Rasmi Naruto Akan Dilancar Secara Global Di Platform iOS Dan Android
  • GTA 6 Dilapor Akan Tiba Ke Platform PC Seawal 2027
©2026 WISER.MY