Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
e-Mas TNG_

Pelaburan Emas Digital e-Mas Tidak Patuh Syariah – Touch ‘n Go

Diterbitkan Julai 1, 2024 · Dikemas kini Julai 1, 2024 oleh Amalina Athman

Touch ‘n Go (TNG) kini mengesahkan bahawa pelaburan emas digital e-Mas dalam aplikasi TNG eWallet adalah tidak patuh syariah.

Berkaitan

  • TnG eWallet Akan Kenakan Caj 1% Untuk Transaksi Di Luar Negara Lewat April Ini
  • TNG eWallet Kini Dilengkapi Kalkulator Kadar Tukaran Mata Wang
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Untuk makluman, e-Mas merupakan ciri pelaburan emas, yang membolehkan pengguna berjual beli emas menerusi TNG eWallet. Namun, buat masa ini ia hanya boleh didapati dalam format emas digital.

Sementara salah satu syarat pelaburan emas patuh syariah ialah produk perlu diperuntukkan sepenuhnya emas fizikal.

Memahami kepentingan pematuhan syariah, TNG memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan CIMB untuk menawarkan pilihan pelaburan emas patuh syariah pada masa hadapan.

Sebagai alternatif, pengguna boleh mencuba pelaburan emas patuh syariah lain seperti Bursa Gold Dinar, Maybank MIGA, Public Gold dan sebagainya.

Sumber: Touch ‘n Go

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY