Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Touch n Go

TNG eWallet Kini Dilengkapi Kalkulator Kadar Tukaran Mata Wang

Diterbitkan Mei 2, 2024 · Dikemas kini Mei 2, 2024 oleh Amalina Athman

Aplikasi TNG eWallet baru-baru ini dikemas kini dengan kalkulator kadar pertukaran mata wang, yang dikhususkan pada bahagian Kad Visa TNG dalam aplikasi.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • TnG eWallet Akan Kenakan Caj 1% Untuk Transaksi Di Luar Negara Lewat April Ini

Bagi mendapatkan akses kepada kalkulator pertukaran asing, pengguna perlu memohon kad Visa TNG eWallet. Sekiranya sudah mempunyai kad berkenaan ataupun selesai memohon, ciri kalkulator akan muncul di bahagian bawah.

TnG exchange rates
TNG eWallet Kini Dilengkapi Kalkulator Kadar Tukaran Mata Wang
TNG eWallet Kini Dilengkapi Kalkulator Kadar Tukaran Mata Wang

Seperti kalkulator pertukaran asing yang lain, pengguna boleh memilih mata wang yang ingin ditukarkan. Selain itu, terdapat juga ciri bookmark yang membolehkan pengguna memilih sehingga 5 mata wang utama mengikut keperluan.

Secara tidak langsung, pengguna tidak lagi perlu mencari kadar pertukaran secara manual di enjin carian seperti Google. Tambahan pula, Google Search kini tidak lagi memaparkan kadar tukaran MYR secara terus.

Penyediaan kalkulator tukaran mata wang asing dalam aplikasi dengan kad Visa TNG eWallet menunjukkan ketelusan TNG Digital, yang menawarkan 0% caj pertukaran mata wang serta mata GOrewards bagi setiap Ringgit yang dibelanjakan di luar negara.

Sumber: TNG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY