Ini adalah kali kedua pasukan ini mewakili Malaysia ke pertandingan tersebut.
Kejayaan Pasukan Junior Talent mendapat tempat ketiga di pertandingan akhir Tencent PUBG Mobile National Championships (PMNC) telah melayakkan mereka sekali lagi untuk mewakili Malaysia ke peringkat Asia Tenggara.
Pertandingan akhir PMNC yang telah pun berlangsung pada 13 dan 14 Julai 2019 lalu berjaya dimenangi mereka dalam situasi yang penuh dramatik.
Hanya dengan perbezaan 4 mata sahaja antara pasukan Junior Talent dan pasukan di tempat keempat, sekaligus telah melayakkan mereka sekali lagi mewakili Malaysia ke pertandingan PUBG Mobile Club Open (PMCO) Fall Split yang bakal berlangsung di Bangkok pada September akan datang.
Kejayaan meraih tempat ketiga di PMNC juga telah membolehkan mereka membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM15,000.
Dalam usaha mempersiapkan diri ke Bangkok, kapten pasukan Junior Talent, Trixnity berkata," Kami akan berlatih dengan lebih kuat supaya kami dapat melakukan lebih baik lagi dari di Shanghai yang lalu."
Selain daripada pasukan Junior Talent, 3 lagi pasukan teratas yang memenangi PMNC kali iniĀ akan turut sama mewakili Malaysia ke PMCO Spring Split September ini iaitu VIP, Arov dan Team Secret.
Jadi, kepada para peminat e-sukan dan peminat PUBG khususnya, marilah sama-sama kita menyokong pasukan-pasukan tersebut di PMCO, Bangkok nanti. Malaysia Boleh!
Berkaitan
- Firma Pembangun Permainan Video Malaysia Akan Dibawa Ke Ekspo Permainan Video Tokyo 2019
- Rasai Pengalaman Teknologi Realiti Terimbuh Di AquariaKLCC Bermula 1 Disember 2019
- iPod Touch 2019 Kini Dilengkapi Dengan Cip Apple A10 Fusion
- MIUI 11 Akan Dilepaskan Secara Berperingkat Bermula Pertengahan Oktober 2019
- Cip Apple A13 Untuk Model Terbaru iPhone 2019 Dilaporkan Sudah Mula Dikilangkan Oleh TSMC
- Huawei Dilaporkan Terpaksa Membatalkan Pelancaran Model Terbaru Komputer Riba Mereka Di CES Asia 2019
- Motorola Dijangka Akan Tetap Perkenalkan Model Telefon Pintar Boleh Lipat Mereka Sebelum Berakhirnya 2019
- Google Memperoleh Keuntungan Sebanyak USD15 Bilion Menerusi YouTube Pada Tahun 2019
- Pengasas Bersama Microsoft Diumumkan Sebagai Lelaki Terkaya Di Dunia 2019
- iPhone 2019 Akan Diperkenalkan Pada 10 September Ini