Sabar menanti kemuculan semula Razr.
Menurut laporan oleh laman CNET, mereka mendakwa Motorola akan tetap hadir dengan model telefon pintar boleh lipat sebelum berakhirnya tahun 2019 ini.
Ia berdasarkan maklumat yang diterima pihak mereka dari sumber yang raoat dengan syarikat tersebut.
Sebelum ini Motorola diberitakan akan perkenalkan model terbaru telefon pintar mereka dengan ciri boleh lipat pada pertengahan tahun ini selepas terdedahnya ilustrasi yang menggambarkan rekaan telefon pintar tersebut.

Kemunculan telefon pintar boleh lipat dari Motorola ini akan menhangatkan lagi persaingan kategori baru peranti pintar pada tahun ini selepas Samsung Galaxy Fold secara rasminya mula dipasarkan ke seluruh dunia baru-baru ini.
Berkaitan
- Motorola Melewatkan Tarikh Jualan Razr
- Razr Mengalami Kerosakan Teruk Hanya Selepas Sehari Dilancarkan
- Penyelidik Menemui Pepijat Pada Cip Qualcomm Yang Mendedahkan Data Pengguna Telefon Pintar Samsung, Motorola Dan LG
- Motorola Razr Hanya Mampu Bertahan Sehingga 27 Ribu Kali Lipatan
- GuRu Dan Motorola Membangunkan Teknologi Pengecas Tanpa Wayar Yang Membolehkan Peranti Pintar Dicas Sejauh 3 Meter
- Akhirnya Motorola Razr Akan Memasuki Pasaran Pada 6 Februari 2020