Sempena cuti sekolah, jom keAquariaKLCC dan rasai pengalaman teknologi Realiti Terimbuh.
Bermula 1 Dis ini, aquariaKLCC akan menawarkan pengalaman unik teknologi Realiti Terimbuh (Augmented Reality) hidupan marin yang membolehkan pengunjung bagaikan merasai sendiri sentuhan ikan berenang-renang menyentuh tapak tangan mereka.
Para pengunjung juga boleh melalui detik-detik perjalanan bagaikan melangkah di dasar lautan yang menyeronokkan, menerusi penggunaan teknologi canggih.
Inisiatif ini ditampilkan dengan kerjasama antara Maxis dan aquariaKLCC bagi membolehkan orang ramai menikmati pengalaman panggunaan teknologi 5G di samping membolehkan mereka mempelajari dengan lebih mendalam mengenai kehidupan laut dan pemeliharaan.
Ketua Pegawai Teknologi dan Maklumat Maxis Morten Bangsgaard berkata menerusi pengalaman ini, orang ramai akan dapat melihat sepintas lalu teknologi 5G dan bagaimana penggunaannya boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan, mendalam dan mendidik.
Tambah beliau, pihaknya amat teruja dengan pengenalan teknologi-teknologi baharu itu, walaupun ketika ini ia masih dalam fasa eksperimen.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=4&v=bLT05UsPN58&feature=emb_logo
Beliau berkata Maxis juga sedang merancang untuk melaksanakan pameran-pameran 5G AR yang berkaitan dengan pelbagai sektor seperti pertanian dan ketersambungan kelajuan tinggi di rumah, dalam tempoh beberapa bulan lagi di Langkawi, Kedah dan Gamuda Cove, Selangor.
Kerjasama antara aquariaKLCC dan Maxis itu adalah bagi menampilkan pameran berkaitan Projek-projek Demonstrasi 5G Malaysia yang pernah diumumkan oleh SKMM sebelum ini.
Sementara itu, ketua pegawai eksekutif dan pengarah urusan Aquawalk Sdn Bhd Datuk Simon Foong berkata menerusi inisiatif ini, ia akan memberikan para pengunjung menjalani pengalaman baharu dan memahami dengan lebih mendalam mengenai kehidupan marin serta teknologi terkini.
"Ini akan meberikan pengunjung kami peluang melihat kesan terhadap apa yang teknologi boleh lakukan dan diharapkan akan dapat memberikan mereka ilmu pengetahuan yang baharu berhubung kepentingan serta nilai dalam menjaga kebersihan laut kita,” Ketua Pegawai Teknologi dan Maklumat Maxis Morten Bangsgaard.
Sumber: KKMM
Berkaitan
- iPhone 5G Mungkin Hanya Akan Hadir Pada Tahun Hadapan
- HONOR Buat Kejutan Dengan Pelancaran HONOR Magic3 Pro+ 5G
- Monaco Menjadi Negara Pertama Di Eropah Menggunakan Rangkaian 5G Secara Keseluruhan
- Google Pixel 5a 5G Dilancarkan, Harga Sekitar RM1,900.00
- Liputan 5G Kini Sudah Tersedia Di 4 Daerah Di Negeri Terengganu
- iPad mini Kini Dengan Capaian 5G
- Kelajuan Muat Turun Rangkaian 5G Malaysia Ke-2 Terpantas Di Dunia
- Senarai 15 Negara Yang Mempunyai Capaian 5G Terpantas Setakat Ini
- Kelajuan Muat Turun 5G Di Malaysia Meningkat Sebanyak 34.9Mbps
- 9 Teori Konspirasi Rangkaian 5G Yang Dipercayai Benar Oleh Sebahagian Orang