Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPod Touch 2019 Kini Dilengkapi Dengan Cip Apple A10 Fusion

iPod Touch 2019 Kini Dilengkapi Dengan Cip Apple A10 Fusion

Diterbitkan Mei 28, 2019 · Dikemas kini Mei 28, 2019 oleh ariff bukhari

Ini adalah iPod touch generasi ke-7.

Apple sebentar tadi telah mengumumkan model terbaru iPod touch 2019 yang dinaik taraf cip pemprosesannya kepada Apple A10 Fusion. Bermakna ia menggunakan cip pemprosesan yang digunakan sama pada peranti iPhone 7 yang diperkenalkan pada September 2016 dahulu.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang perubahan pada kamera hadapan (FaceTime) dan kamera belakangnya. Masih kekal menggunakan spesifikasi kamera yang sama serta saiz paparan 4″ yang sama dengan model sebelumnya.

Bagi model iPod touch ini, terdapat 3 pilihan saiz storan yang boleh dipilih iaitu 32GB, 128GB dan 256GB. Ia merupakan peranti iOS termurah yang ditawarkan Apple ketika ini.  Harganya adalah bermula dari RM899, RM1349.00 dan RM1799.00.

iPod Touch 2019 Kini Dilengkapi Dengan Cip Apple A10 Fusion
Selain sebagai peranti pemain muzik, iPod touch juga boleh melayari internet, memainkan video, bermain permainan aplikasi yang dimuat turun dari App Store serta kini menyokong teknologi AR dan panggilan grup FaceTime. Kredit imej: Apple

Terdapat sebanyak 6 warna yang boleh dipilih iaitu Pink, Space Gray, Gold, Silver, Blue dan Red (Product RED).

iPod touch generasi ke-7 ini buat masa ini belum berada di pasaran Malaysia. Mungkin dalam beberapa minggu akan datang barulah ia akan mula dijual dari laman rasmi Apple Malaysia dan pusat jualan sah Apple di seluruh Malaysia.

Jadi, bagi anda yang mungkin merasakan iPod touch sebagai peranti yang masih releven atau untuk aktiviti harian anda, bolehlah membelinya nanti apabila ia mula ditawarkan oleh Apple Malaysia.

Info lanjut sila layari laman muka iPod touch.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY