Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 2019 Akan Diperkenalkan Pada 10 September Ini

iPhone 2019 Akan Diperkenalkan Pada 10 September Ini

Diterbitkan Ogos 30, 2019 oleh ariff bukhari

Waktu Malaysia – Hari Rabu, 11 September 2019, jam 1 pagi.

Apple sebentar tadi telah mengeluarkan jemputan rasmi media untuk hadir ke acara istimewa mereka yang akan berlangsung pada 10 September 2019 nanti (waktu Malaysia jam 1 pagi, 11 September 2019)

Pada acara tersebut Apple sudah pastinya dijangka akan memperkenalkan barisan terbaru model iPhone 2019.

Keluaran iPhone Akan Datang Mempunyai Ciri Pengecasan Tanpa Wayar Dua Hala

Selain itu, terdapat juga ura-ura yang mengatakan Apple turut akan memperkenalkan model terbaru Macbook Pro yang bersaiz 16 inci.

Apple turut dijangka akan menawarkan secara rasminya servis terbaru mereka iaitu platfom permainan Apple Arcade dan Apple TV+.

Tidak dilupakan juga versi penuh barisan sistem operasi Apple termasuklah macOS 10.15 Catalina, iOS 13, iPadOS dan lain-lain yang turut dijangka akan dilepaskan selepas selesainya acara tersebut.

Acara istimewa Apple ini boleh ditonton secara langsung menerusi laman Apple Events.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY