Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Semua Pihak Dilarang Terbangkan Dron Sepanjang Tempoh PKP – PDRM

Pasukan Dron Khas Bersiap Sedia Bantu Pasukan Penyelamat Di Negeri-Negeri Dilanda Banjir – Menteri

Diterbitkan Mac 6, 2023 oleh ariff bukhari

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup menyatakan bahawa pasukan dron yang dikendalikan oleh Pasukan Petugas Kecemasan Perkhidmatan Dron Khas (PTK2Dron) dalam keadaan bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu agensi dan pasukan penyelamat di lapangan di negeri-negeri dilanda banjir.

Beliau berkata, pasukan dron bukan sahaja mampu membuat pengawasan dan menjalankan operasi mencari serta menyelamat tetapi juga boleh menghantar bekalan ubat-ubatan.

Beliau memberi contoh di mana sebelum pasukan dron dari penguat kuasa telah bersama membantu pasukan penyelamat dalam insiden banjir yang berlaku di Selangor pada tahun lepas dan tanah runtuh yang berlaku pada awal tahun ini.

MOSTI bersama agensi pelaksana, Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) pada Oktober 2022 lalu pernah mengaktifkan PTK2Dron yang melibatkan pihak industri dron terpilih dengan kerjasama agensi-agensi penyelamat dan penguatkuasa berkaitan bencana.

Inisiatif PTK2Dron adalah sebahagian daripada Misi Utama Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) di mana industri dron dijangkakan akan menjana RM50.71 bilion kepada KDNK negara serta mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan dalam  menjelang tahun 2030.

Berkaitan

  • Pelaksanaan 5G Patutnya Diuruskan TM, Bukan DNB - Datuk Seri Johari Ghani
  • Huawei Dilapor Sedang Berusaha Untuk Terlibat Dalam Pelaksanaan 5G Di Malaysia
  • Satelit Pantau Aktiviti Penerokaan Tanah Cameron Highlands

Sumber: Bernama, MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY