Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KKMM Mahu Guna Satelit Untuk Tambah Baik Komunikasi Waktu Bencana

Satelit Pantau Aktiviti Penerokaan Tanah Cameron Highlands

Diterbitkan Mac 6, 2023 oleh ariff bukhari

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia – MYSA hari ini telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pejabat Daerah Dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH) dan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH).

MoU ini turut disaksikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bertempat di Hotel Zenith Cameron Highlands, Pahang.

Kerjasama strategik ini menumpukan kepada penggunaan teknologi angkasa khususnya imej satelit remote sensing bagi tujuan perancangan, pemantauan aktiviti dan mitigasi pembangunan tanah di kawasan Cameron Highlands.

Pemantauan dengan menggunakan keupayaan satelit dirangkumkan ke dalam satu sistem khusus yang beroperasi secara dalam talian yang dikenali sebagai Sistem iPantau Cameron Highlands.

Satelit dapat merakam aktiviti permukaan bumi secara kerap, berulang, liputan yang luas, dan menghasilkan imej digital beresolusi tinggi atau memfokus ketepatan sehingga 50cm, telah membolehkan pengesanan sebarang perubahan tanah di Cameron Highlands dilakukan dengan lebih cekap dan berkesan.

Berkaitan

  • Cepat Sambar 2 'Game' Berharga RM53 Dari Steam Secara Percuma
  • CelcomDigi Catat Jumlah Pelanggan Terbesar Di Malaysia Tahun 2022
  • Menteri Persoal Bagaimana Mentega Terbang Lepas Ditayangkan Pada 2021

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY