Namun, terdapat isu yang dilaporkan oleh pengguna awal peranti realme 6 Pro mengenai paparan 90Hznya itu. Menurut Fahim Zahar, ujian kadar segar semula mendapati paparan hanya mencapai setakat 60fps sahaja.
Beliau menguji melalui laman beberapa ujian iaitu displayhz.com, UFO Test, dan FPS Test iaitu laman yang popular digunakan untuk menguji prestasi kadar segar semula mana-mana skrin. Walaupun tetapan 90Hz telah diaktifkan melalui tetapan sistem, ia masih tidak mencapai kadar segar semula yang sepatutnya.
Screenshot berikut merupakan hasil ujian yang dijalankan oleh beliau.
Ujian dari unit ulasan realme 6 Pro kami
Sehubungan dengan itu, kami juga turut menguji unit ulasan realme 6 Pro yang kami terima dan hasilnya adalah sedikit berlainan dari apa yang dilaporkan. Sebelum itu kami telah mengaktifkan tetapan 90Hz terlebih dahulu.
Berikut merupakan screenshot ujian yang kami jalankan.
Melalui hasil ujian kami, peranti realme 6 Pro kami mampu mencapai 90Hz. Hanya pada ujian FPS Test sahaja peranti hanya mendapat sekitar 60fps. Dengan perbezaan ujian yang dilakukan, kami pun tidak pasti bagaimana boleh terjadinya perbezaan sedangkan peranti dan versi perisian realme UI adalah sama. Mungkin ada unit realme 6 Pro yang bermasalah kerana tidak mampu mencapai panel 90Hz yang sepatutnya.
Jadi buat, masa ini, kita terpaksa menunggu sehingga pihak realme memberikan kenyataan yang sewajarnya mengenai isu ini.
Sumber: Fahim Zahar
Berkaitan
- Ujian Prestasi Perlihatkan Galaxy Note 20 Dengan Snapdragon 865+ Lebih Pantas Berbanding Exynos 990
- HONOR 60 SE 5G Dilancarkan Di China - Pertama Dengan Cip MediaTek Dimensity 9000
- Reaksi Awal Huawei Mate 30 Pro 5G - Bukan Hanya Sekadar Saduran Teknologi Rangkaian Baharu
- Harga Rasmi Fon Telinga 'Kacang' Galaxy Buds Live Adalah RM699
- Huawei P40 Akan Dilengkapi Skrin Rata, Huawei P40 Pro Pula Skrin Melengkung
- HONOR MagicBook 14, MagicBook 15, Dan MagicBook Pro Diumumkan Dengan Cip AMD Ryzen 4000
- Airbnb Umum Kerjasama Dengan Syarikat Jony Ive Dalam Mereka Bentuk Produk Dan Servis
- Reaksi Awal iPhone 12 Pro Max
- Microsoft Surface Pro 7+ Kini Di Malaysia Bermula RM4,115 - Sokongan LTE, Intel Gen-11, Dan Bateri Lebih Besar
- realme Buds Air Rasmi Untuk Pasaran Malaysia - Fon Telinga TWS Berharga RM299