Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pantum BP2300W & BM2300AW (1)

Pantum Perkenal Pencetak Laser Berprestasi Tinggi Pada Harga Mampu Milik Di Malaysia

Diterbitkan Januari 9, 2025 oleh Amsyar Latif

Pantum, jenama penyedia penyelesaian pencetak terkenal, telah melancarkan BP2300W dan BM2300AW, pencetak laser monokrom A4 dari siri Smart Classic, khusus untuk pejabat kecil, rumah, SME, dan agensi kerajaan.

Kedua-dua model ini menawarkan kelajuan cetakan sehingga 22 muka surat seminit (ppm) dengan masa cetakan pertama kurang daripada 7.8 saat.

BM2300AW juga dilengkapi fungsi pengimbas dan penyalin beresolusi tinggi sehingga 1,200dpi, memastikan hasil cetakan yang jelas dan tepat.

Pantum BP2300W & BM2300AW (2)

Pengimbas Automatic Document Feeder (ADF) menyokong imbasan pantas sehingga 22 ppm pada resolusi maksimum 600dpi.

Toner TL-2310H mampu mencetak sehingga 1,600 muka surat, sementara mod tidur automatik menjimatkan penggunaan tenaga, menjadikannya mesra kos dan mesra alam.

Ciri sambungan seperti Wi-Fi 2.4GHz, Bluetooth, dan sokongan AirPrint, Mopria, Wi-Fi Direct, serta aplikasi Pantum membolehkan pengguna mencetak terus dari pelbagai peranti. Fungsi satu klik pemasangan pemacu menjadikan penyediaan peranti sangat mudah.

Rekaan kompak dan minimalis sesuai untuk ruang rumah atau pejabat, manakala rangka logam tahan lasak memastikan ketahanan jangka panjang. BM2300AW turut dilengkapi butang induktif untuk kawalan lebih intuitif.

Pantum BM2300AW
Pantum BP2300W

Harga dan ketersediaan

  • BP2300W: RM299 (fungsi cetak sahaja).
  • BM2300AW: RM599 (fungsi cetak, salin, dan imbas).

Pencetak Pantum Smart Classic kini boleh didapati di Malaysia melalui pengedar sah serta platform dalam talian seperti Shopee dan Lazada.

Berkaitan

  • Canon Perkenal Pencetak Siri ImagePROGRAF GP Dan imagePROGRAF Pro
  • Siri Pencetak Foto SELPHY Canon Kekal Jadi Pilihan Dalam Tempoh Dua Dekad
  • Microsoft Sahkan Isu Kemas Kini Windows 11 24H2 Punca Pengimbas Dan Pencetak Gagal Berfungsi
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia

Sumber: siaran media Pantum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
©2026 WISER.MY