Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Marty Cooper

Panggilan Selular Pertama Di Dunia Dibuat Pada Hari Ini Dengan ‘The Brick’

Diterbitkan April 3, 2024 ยท Dikemas kini April 3, 2024 oleh ariff bukhari

Hari ini dalam sejarah, mungkin ramai yang tidak sedar bahawa panggilan telefon selular pertama di dunia telah berjaya dibuat 51 tahun dahulu.

Ia merupakan peristiwa bersejarah yang menandakan permulaan era telefon bimbit.

Panggilan selular itu dibuat oleh Marty Cooper, jurutera Motorola yang membuat panggilan telefon bimbit pertama pada 3 April 1973 dengan menggunakan model telefon bimbit prototaip Motorola DynaTAC (Dynamic Adaptive Total Area Coverage).

Panggilan itu pula dibuat oleh beliau dari kaki lima di jalan keenam di Manhattan, New York dengan menelefon pesaingnya pada waktu itu, Joel Engel, ketua Bell Labs milik AT&T.

“Saya menghubungi anda melalui telefon bimbit, tetapi telefon bimbit sebenar, telefon bimbit peribadi, pegang tangan, mudah alih.” Marty Cooper ketika menghubungi Joel Engel menggunakan telefon bimbit tersebut.

Marty Cooper
Martin Cooper bersama telefon mudah alih pertama model DynaTAC.

Walaupun selepas kejayaan itu, hanya selepas sedekad barulah model telefon bimbit Motorola itu dikomersialkan dengan hadirnya Motorola DynaTAC 8000x pada tahun 1984.

8000X pertama kali diluluskan untuk digunakan di AS oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) pada 21 September 1983.

Pada tahun 1984 ia muncul di pasaran dengan tanda harga sebanyak $3,995 (~RM18,999) atau bersamaan dengan $11,500 (~RM54,691 ) pada 2023.

Panggilan Selular Pertama Di Dunia Dibuat Pada Hari Ini Dengan ‘The Brick’
Telefon bimbit Motorola DynaTAC Martin Cooper ini telah diilhamkan daripada telefon pergelangan tangan dalam komik detektif Dick Tracy.

Ia menawarkan 30 minit masa bercakap dengan sekali caj tapi akan mengambil masa selama 10 jam untuk baterinya di cas penuh dan beratnya pula adalah 790 gram.

Lebih dikenali sebagai “brick phone” dan ia menjadi terkenal kerana digunakan oleh watak Gordon Gekko dalam filem Wall Street pada tahun 1987.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: Chicago Tribune, abc7, Motorola Solutions, Mobile Phone Museum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY