Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pakej UniFi Untuk Pelajar Dan Usahawan Teknologi Akan Diperkenal Tidak Lama Lagi

Pakej UniFi Untuk Pelajar Dan Usahawan Teknologi Akan Diperkenal Tidak Lama Lagi

Diterbitkan September 25, 2017 oleh Helmi Samsuri

Pada majlis ‘Jom Bersama-sama Perdana Menteri dengan TM’ di Menara Telekom Malaysia Berhad hari ini, telah diumumkan satu pakej baru UniFi yang ditawarkan khas bagi pelajar dan juga usahawan teknologi dalam negara.

Dua pelan baru akan ditambah ke dalam pelan sedia ada ini bakal dikenali dengan nama UniFi Edu serta UniFi eBiz.

Difahamkan lagi, pakej baru dari TM ini berupaya menyediakan sambungan jalur lebar sehingga 100Mbps dan turut disertakan dengan sokongan wifi@unifi dan Webe Mobile.

Dengan pengenalan dua pakej ini, ia diharap bakal memberi manfaat terutama sekali kepada golongan pelajar dan juga usahawan teknologi dalam mendapatkan sambungan internet yang stabil dan mungkin dengan harga yang berpatutan.

Harga langganan bagi pakej ini masih menjadi tanda tanya. Justeru itu marilah kita sama-sama nantikan pengumuman rasmi dari TM tidak lama lagi.

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY