Fitbit bersetuju untuk membayar denda sebanyak $12.25 juta (~RM54.4 juta) selepas hasil siasatan mendapati, bateri litium-ion di dalam jam pintar Ionic mereka terlalu panas sehinggakan dalam beberapa kesĀ menyebabkan kecederaan melecur kepada pengguna. Insiden itu menyebabkan jam pintar itu telah ditarik balik dari pasaran pada tahun 2022. Untuk rekod, Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna (CPSC) Amerika…
Observatori Negara Langkawi Rakam Fenomena ‘Planet Berbaris’
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan, Observatori Negara Langkawi (ONL) telah berjaya merakam fenomena yang dikenali sebagai penjajaran planet (planetary parade / planetary alignment). Ia merupakan satu fenomena di mana terdapat beberapa planet yang dapat dilihat seakan-akan membentuk garisan lurus di langit dari perspektif pemerhati di Bumi. “Garis itu dipanggil ekliptik, dan ia mewakili satah sistem…
Pemahaman Mengenai Manfaat MyDigital ID Perlu Dipertingkat – Fahmi
Pemahaman rakyat tentang manfaat MyDigital ID perlu dipertingkat memandangkan sistem itu bukan sahaja memudahkan para pengguna, malah menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata status terkini pelaksanaan MyDigital ID akan diketahui dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IR) yang dijangka diadakan 12 Februari depan. Memang terdapat dua isu utama. Pertama ialah…
‘Cashless Society Scaling Up Programme’ Fasa 3 Diteruskan Ke Perak, Terengganu Dan Perlis
Cashless Society Scaling Up Programme Fasa 3 telah dilancarkan di mana ia akan diperluaskan ke tiga buah negeri lagi tahun ini iaitu Perak, Terengganu, dan Perlis. Fasa 3 akan bermula pada pertengahan bulan Februari dengan aktiviti dijadual di 27 pusat NADI di Perak, bermula di Kampung Raban sebelum diteruskan di Terengganu pada suku kedua dan…
Indonesia Denda Google Lebih RM54 Juta Kerana Amalan Perniagaan Tidak Adil
Badan antimonopoli Indonesia telah mengarahkan Google membayar denda sebanyak 202 bilion rupiah (~RM54.54 juta) atas amalan perniagaan yang tidak adil berkaitan perkhidmatan sistem pembayaran Google Play Store. Hasil siasatan yang bermula pada 2022 oleh badan itu itu mendapati, Google menyalahgunakan kedudukan dominannya dengan mewajibkan pembangun aplikasi Indonesia menggunakan Google Play Billing dengan caj sehingga 30%,…
iPhone Mendominasi Pasaran Telefon Pintar Global Sepanjang 2024 – Canalys
Laporan terkini Canalys mendedahkan, pasaran telefon pintar global meningkat sebanyak 3% kepada 330 juta unit pada suku keempat 2024, menandakan pertumbuhan lima suku berturut-turut walaupun kadar pertumbuhan yang perlahan. Canalys mendapati, pada suku ke-4 tahun 2024 lepas, Apple mendahului dengan penguasaan 23% bahagian pasaran, diikuti Samsung (16%) yang mengalami penurunan dan Xiaomi di tempat ketiga…
