Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fitbit_kredit TechCrunch

Kesilapan Fitbit Berakhir Dengan Denda RM54 Juta

Diterbitkan Januari 24, 2025 · Dikemas kini Januari 24, 2025 oleh Amalina Athman

Fitbit bersetuju untuk membayar denda sebanyak $12.25 juta (~RM54.4 juta) selepas hasil siasatan mendapati, bateri litium-ion di dalam jam pintar Ionic mereka terlalu panas sehinggakan dalam beberapa kes  menyebabkan kecederaan melecur kepada pengguna.

Insiden itu menyebabkan jam pintar itu telah ditarik balik dari pasaran pada tahun 2022.

Untuk rekod, Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna (CPSC) Amerika Syarikat bekerjasama dengan Fitbit bagi menarik balik 1.7 juta jam tangan Ionic pada 2022 selepas menerima sekurang-kurangnya 115 laporan mengenai bateri terlalu panas.

Daripada laporan tersebut, 78 melaporkan kecederaan melecur, termasuk dua kejadian di mana pengguna mengalami kecederaan melecur tahap ketiga dan empat kejadian melecur tahap kedua.

Walaupun terdapat aduan sepanjang tahun 2018 dan berterusan sehingga 2020, agensi itu berkata Fitbit tidak melaporkan segera kepada Suruhanjaya seperti yang diwajibkan.

Walaupun mempunyai maklumat yang secara munasabah menyokong kesimpulan bahawa jam tangan pintar itu mengandungi kecacatan yang boleh menimbulkan bahaya produk yang serius atau mewujudkan risiko kecederaan serius yang tidak munasabah, Fitbit tidak segera melaporkan kepada Suruhanjaya seperti yang diperlukan.

Selain daripada denda sivil sebanyak $12.25 juta, perjanjian penyelesaian itu turut menghendaki Fitbit untuk mengekalkan kawalan dalaman dan prosedur yang direka untuk memastikan pematuhan dengan Akta Keselamatan Produk Pengguna (CPSA), termasuk peningkatan yang dibuat kepada program pematuhannya.

Fitbit juga bersetuju untuk mengemukakan laporan tahunan mengenai program pematuhannya, kawalan dalaman, dan audit dalaman mengenai keberkesanan polisi, prosedur, sistem, dan latihan pematuhan.

Berkaitan

  • Produk Fitbit Tidak Lagi Dijual Di 29 Buah Negara Termasuk Malaysia
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Terima Kelulusan MDA, Ciri Notifikasi Sleep Apnea Pada Apple Watch Dijangka Hadir Tak Lama Lagi
  • HUAWEI Watch GT 5 Edisi Emas Kini Di Pasaran, Sokong Ciri Pembayaran QR TNG

Sumber: Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (CPSC)

Gambar utama: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY