vivo secara rasmi memperkenalkan Vision Discovery Edition, iaitu set kepala realiti campuran (MR) pertama syarikat itu di China. Rekaannya mengingatkan kepada Apple Vision Pro dengan visor hadapan kaca melengkung, kamera menghala ke bawah, pelindung cahaya fabrik boleh tanggal dalam empat saiz, lapan pilihan padding, tali belakang knitted serta pek bateri luaran berasaskan aluminium yang disambungkan melalui…
AI Mode Dalam Google Search Kini Tersedia Di 180 Negara
Sebelum ini, Google telah memperkenalkan ciri AI Mode dalam Search khusus untuk pengguna di Amerika Syarikat, United Kingdom dan India. Bermula hari ini, pengalaman carian berasaskan AI itu diperluaskan ke seluruh dunia, meliputi 180 negara dan wilayah dalam bahasa Inggeris. Dengan AI Mode, pengguna boleh mengemukakan apa-apa pertanyaan dan mendapat respons yang dikuasakan kecerdasan buatan…
Jerman Ubah Bateri EV Lama Jadi ‘Powerbank’ Masa Depan
Sebuah syarikat Jerman, Voltfang, tampil dengan inovasi hijau dengan memberikan “kehidupan kedua” kepada bateri kereta elektrik (EV) terpakai. Bateri yang diuji dan masih dalam keadaan baik disusun semula ke dalam kabinet sebesar peti sejuk. Ia berfungsi sebagai sistem storan tenaga untuk rumah dan perniagaan, khususnya bagi menyimpan lebihan tenaga solar dan angin. Ditubuhkan pada 2020…
Microsoft Siasat Isu Kemas Kini Windows 11 Menyebabkan Data SSD Rosak
Microsoft sedang menyiasat isu kegagalan dan kerosakan data pada SSD dan HDD selepas pemasangan kemas kini keselamatan Windows 11 KB5063878 (Ogos 2025). Walaupun Microsoft tidak dapat mengulangi masalah itu dalam ujian dalaman mereka, laporan pengguna menunjukkan ia berlaku terutamanya apabila penulisan data berterusan mencecah saiz fail 50GB pada storan yang lebih 60% penuh. Antara model…
(Video) China Usaha Hidupkan Kembali BlackBerry Dengan Android 13
Sebuah syarikat China, Zinwa Technologies telah menghidupkan semula model BlackBerry Classic Q20 dengan model baharu yang dinamakan sebagai Zinwa Q25. Ia menjalankan Android 13 dan dilengkapi perkakasan moden, tapi mengekalkan sentuhan nostalgia BlackBerry seperti papan kekunci fizikal dan trackpad. Perkakasan Zinwa Q25 Pro ini dinaik taraf dengan cip MediaTek Helio G99, RAM 12GB, storan sehingga…
Bekas Bos Pereka BMW Kini Sertai Pasukan EV Xiaomi
Xiaomi mengukuhkan lagi usaha dalam industri kenderaan elektrik (EV) dengan merekrut Kai Langer, bekas ketua reka bentuk BMW yang berpengalaman lebih 20 tahun. Langer, yang pernah terlibat dalam reka bentuk ikonik seperti model BMW i3, i8, Vision Neue Klasse, i Vision Circular, dan i Vision Dee, kini menyertai Xiaomi bermula 1 Ogos 2025. Walaupun peranannya…
