Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Jerman Ubah Bateri EV Lama Jadi ‘Powerbank’ Masa Depan

Diterbitkan Ogos 22, 2025 oleh Amsyar Latif

Sebuah syarikat Jerman, Voltfang, tampil dengan inovasi hijau dengan memberikan “kehidupan kedua” kepada bateri kereta elektrik (EV) terpakai. Bateri yang diuji dan masih dalam keadaan baik disusun semula ke dalam kabinet sebesar peti sejuk.

Ia berfungsi sebagai sistem storan tenaga untuk rumah dan perniagaan, khususnya bagi menyimpan lebihan tenaga solar dan angin.

AFP
Foto: AFP

Ditubuhkan pada 2020 oleh tiga jurutera muda, Voltfang kini mengendalikan fasiliti industri pertamanya di Aachen dengan 100 kakitangan. Ia merupakan yang terbesar di Eropah dalam sektor baharu kitar semula bateri litium-ion. Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Oudsandji (29 tahun), yakin langkah ini boleh membantu Jerman mengurangkan pergantungan pada bahan api fosil sambil mengukuhkan kedaulatan tenaga Eropah.

Antara pelanggan awal ialah rangkaian pasar raya Aldi Nord, yang menggunakan sistem ini untuk menyimpan tenaga daripada panel solar di bumbung kedai mereka. Menjelang 2030, Voltfang menyasar kapasiti storan mencecah 1 gigawatt-jam (GWh) setahun. Jumlah ini mencukupi untuk membekalkan tenaga kepada kira-kira 300 buah rumah.

AFP
Foto: AFP

Inisiatif ini seiring dengan agenda “Energiewende” Jerman, iaitu peralihan tenaga yang menyasarkan 80% tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030. Ketika ini, tenaga hijau sudah pun menyumbang hampir 60% daripada pengeluaran elektrik negara tersebut.

Namun cabaran besar masih wujud, termasuk “dark lulls” (hari tanpa angin dan cahaya matahari) serta rancangan kerajaan membina 20 loji janakuasa gas baharu yang dikritik kumpulan alam sekitar.

Walaupun pasaran bateri terpakai masih kecil kerana EV baru sahaja meluas beberapa tahun kebelakangan ini, Voltfang percaya pendekatan kitar semula ini lebih mampan berbanding bergantung kepada bateri baharu dari China.

Menurut Oudsandji, ia bukan sahaja kos efektif tetapi juga menyokong ekonomi kitaran dan mengurangkan kebergantungan sumber luar.

Berkaitan

  • Bateri EV Terpakai Kini Temui Kehidupan Kedua
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • Hyundai Patenkan Teknologi Bateri EV Generasi Baharu

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY