Polis Korea Selatan mengambil pendekatan baharu dalam usaha mengekang jenayah dengan memasang pegawai “hologram” bersaiz manusia di pusat bandar Seoul. Hologram setinggi kira-kira 1.7 meter itu lengkap dengan seragam penuh polis dan dibangunkan berdasarkan imej seorang pegawai sebenar. Dari 7 hingga 10 malam, hologram digital itu akan dipaparkan pada panel akrilik setiap dua minit dengan…
Aplikasi ‘All Indonesia’ Kini Wajib Dipasang Pengembara Antarabangsa
Mulai 1 September 2025, penumpang penerbangan dan pelabuhan antarbangsa di Indonesia diwajibkan mengisi deklarasi kedatangan melalui aplikasi All Indonesia. Aplikasi ini bertujuan memudahkan proses imigrasi, bayaran cukai, kesihatan, dan kuarantin dalam satu sistem digital yang disepadukan. Penumpang sudah dapat mengisi deklarasi tiga hari sebelum mereka tiba mahupun setelah mendarat di lapangan terbang atau pelabuhan. Dengan…
Huawei Lancar Storan AI SSD Untuk Pusat Data
Huawei melancarkan tiga produk baharu dalam kategori storan pintar yang digelar sebagai “AI Solid-State Drive (SSD)” di Shanghai. Dr. Yuefeng Zhou, Naib Presiden Huawei dan Presiden Barisan Produk Penyimpanan Data berkata, siri OceanDisk EX 560, OceanDisk SP 560 dan OceanDisk LC 560 ini adalah SSD berprestasi tinggi yang dibangunkan bagi mengatasi masalah prestasi dan kapasiti…
Hyundai Ioniq 3 Dijangka Jadi EV Mampu Milik Pertama Dengan CarPlay Ultra
Hyundai dijangka melancarkan Ioniq 3 sekitar tahun 2026, dan model ini dijangka menjadi kenderaan elektrik (EV) pertama dalam kategori mampu milik yang menawarkan Apple CarPlay Ultra. Kehadiran fungsi ini menandakan langkah besar kerana sebelum ini CarPlay Ultra hanya boleh ditemui dalam kereta mewah seperti Aston Martin. CarPlay Ultra ialah evolusi baharu sistem CarPlay daripada Apple….
Minimal Phone, Alternatif Telefon Pintar Berharga Dari ~RM1,600
Menurut kajian oleh Baclinko, secara purata, seorang pengguna di seluruh dunia menghabiskan masa mereka selama 6 jam 40 minit menatap skrin telefon pintar sahaja. Disebabkan itu, anda kehilangan 7 jam sehari, kira-kira 2 hari seminggu atau hilang 21 tahun sepanjang hidup anda. Jadi, sebab itulah sebuah syarikat yang dikenali sebagai The Minimal Company hadir menawarkan…
Langganan Charge+ Kini Di Malaysia Dengan Harga Serendah RM540 Setahun
Charge+, penyedia infrastruktur pengecasan EV dari Singapura yang kini aktif di Malaysia, baru sahaja melancarkan pelan langganan pengecasan EV untuk pengguna tempatan. Dengan pelan ini, pemilik EV boleh menikmati penjimatan besar berbanding kadar biasa, sehingga 45% lebih murah berbanding kadar pengecasan biasa. Terdapat tiga pilihan pelan: Basic – 600 kWh pada harga RM540 Pro – 800…
