Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Langganan Charge+ Kini Di Malaysia Dengan Harga Serendah RM540 Setahun

Langganan Charge+ Kini Di Malaysia Dengan Harga Serendah RM540 Setahun

Diterbitkan September 2, 2025 oleh Amsyar Latif

Charge+, penyedia infrastruktur pengecasan EV dari Singapura yang kini aktif di Malaysia, baru sahaja melancarkan pelan langganan pengecasan EV untuk pengguna tempatan.

Dengan pelan ini, pemilik EV boleh menikmati penjimatan besar berbanding kadar biasa, sehingga 45% lebih murah berbanding kadar pengecasan biasa.

Terdapat tiga pilihan pelan:

  • Basic – 600 kWh pada harga RM540
  • Pro – 800 kWh pada harga RM640
  • Max – 1,200 kWh pada harga RM900

Setiap pelan datang dengan tempoh sah 1 tahun, dan pengguna boleh membeli lebih daripada satu pelan serentak jika perlu.

Langganan ini boleh digunakan di semua pengecas milik Charge+ di Malaysia, namun tidak sah untuk pengecas persendirian, rakan roaming, atau di luar negara.

Langganan Charge+ Kini Di Malaysia Dengan Harga Serendah RM540 Setahun

Antara ciri menarik yang ditawarkan Charge+ ialah:

  • Pembelian mudah – hanya guna kad kredit atau debit.
  • Tiada bayaran balik – semua pembelian adalah muktamad.
  • Liputan luas – sah di semua stesen Charge+ di Malaysia.

Buat pengetahuan, Charge+ bukan pemain tunggal yang menawarkan model langganan. Sebelum ini, Gentari (di bawah Petronas) juga memperkenalkan pakej langganan untuk pengecasan EV, memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna yang mahukan kos pengecasan lebih terkawal dan berbaloi.

Dengan pelan ini, Charge+ dilihat serius untuk memperluaskan ekosistem EV tempatan, seiring dengan sasaran mereka untuk membina 3,000 titik pengecasan menjelang 2030 di Malaysia.

Berkaitan

  • PLUS Kini Sedia 112 Poin Pengecas EV - Ini Senarai Lokasi & Bilangannya
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • (Video) EV BYD Kini Yang Terpantas Di Dunia, Pecut Lebih 470Km/j

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY