Nokia hari ini mengumumkan kerjasama dengan Extreme Broadband (EBB) dan anak syarikat miliknya, Open DC, bagi menaik taraf pusat data kecerdasan buatan (AI) Open DC. Menerusi kerjasama ini, penyelesaian rangkaian IP Nokia akan digunakan oleh EBB untuk menghubungkan enam pusat data AI yang merangkumi CJ1 Cyberjaya, JB1 Menara MSC Cyberport dan JB2 Menara Ansar di Johor…
Nvidia Raih ~RM92 Bilion Hanya Dari Tiga Pelanggan Utama
Nvidia baru sahaja mengumumkan keputusan kewangan suku kedua 2025 yang mencatatkan rekod baharu dengan pendapatan sekitar USD 46.7 bilion (~RM194.6 bilion). Laporan kewangan itu turut mendedahkan, sebanyak 3 pelanggan utama Nvidia yang menyumbang separuh daripada rekod pendapatan itu Tanpa menamakan 3 pelanggan itu, pecahan pendapatan itu adalah berjumlah USD 9.5 bilion (~RM 40.14 bilion) dari…
HONOR Perlihat Telefon Tahan Lasak Baharu
Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Putrajaya turut menjadi pentas pertama HONOR memperlihatkan telefon pintar terbaharu mereka kepada umum. Peranti tersebut dilihat ketika pelakon Ben Amir menyertai perarakan bersama pasukan bomba, di mana beliau memegang telefon pintar berwarna merah dengan kemasan kulit. Reka bentuk peranti ini mencuri perhatian kerana warna merahnya menyerupai seragam bomba, sekali gus…
KLIA Uji Sistem Akses Kenderaan Baharu, Ada Had Masa 10 Minit
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini melaksanakan percubaan Sistem Pengurusan Akses Kenderaan (VAMS), yang memperkenalkan kemasukan dan keluar berjadual melalui palang automatik. Di Terminal 1, percubaan bermula pada 1 September 2025 di Aras 5 (pelepasan) dan Aras 3 (ketibaan). Manakala di Terminal 2, ia akan bermula pada 15 September 2025. Kedua-duanya akan berjalan sehingga 30…
Hisense Lancar TV RGB-MiniLED 116” Pertama Dunia Berharga RM99,999
Hisense menetapkan penanda aras baharu untuk hiburan rumah dengan memperkenalkan Hisense UX 116”, TV RGB-MiniLED 116 inci pertama di dunia. Teknologi RGB-MiniLED local dimming ini merupakan yang pertama dihasilkan secara besar-besaran, membolehkan TV mencapai kecerahan puncak 8,000 nits dengan liputan warna sehingga 95% standard BT.2020. Pengalaman visual yang menakjubkan ini disokong oleh sistem bunyi 6.2.2…
Apple Akur, Turunkan Kuasa Frekuensi Radio iPhone 12 Di Seluruh EU
Apple mengumumkan akan menurunkan kuasa pemancar radio pada model iPhone 12 di seluruh EU menerusi kemas kini perisian yang bakal diedarkan dalam beberapa minggu akan datang. Langkah ini menyusul selepas keputusan Suruhanjaya Eropah yang mengesahkan dapatan pihak berkuasa frekuensi radio Perancis (ANFR), bahawa iPhone 12 tidak memenuhi piawaian kesihatan. Pada 2023, ANFR pernah mengarahkan penjualan…
