Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KL International Airport_

KLIA Uji Sistem Akses Kenderaan Baharu, Ada Had Masa 10 Minit

Diterbitkan September 2, 2025 · Dikemas kini September 2, 2025 oleh Amalina Athman

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini melaksanakan percubaan Sistem Pengurusan Akses Kenderaan (VAMS), yang memperkenalkan kemasukan dan keluar berjadual melalui palang automatik.

Di Terminal 1, percubaan bermula pada 1 September 2025 di Aras 5 (pelepasan) dan Aras 3 (ketibaan). Manakala di Terminal 2, ia akan bermula pada 15 September 2025.

Kedua-duanya akan berjalan sehingga 30 November 2025, dengan tujuan melancarkan aliran trafik, meningkatkan keselamatan serta memudahkan akses ke terminal.

Sepanjang tempoh percubaan, VAMS akan memberikan tempoh kelonggaran 10 minit untuk kenderaan menurunkan atau mengambil penumpang. Sistem ini akan memantau kenderaan yang berada lebih lama daripada tempoh tersebut.

Bagaimanapun, tiada caj penalti akan dikenakan sepanjang fasa percubaan. Sebaliknya, tujuan utama adalah untuk memerhati corak trafik, tingkah laku pemandu serta prestasi keseluruhan sistem bagi menentukan tempoh kelonggaran dan struktur caj penalti yang paling sesuai apabila dilaksanakan sepenuhnya kelak.

Selepas tempoh percubaan berakhir, caj penalti akan diperkenalkan bagi mengelakkan kenderaan berhenti terlalu lama di tepi jalan. Tempoh kelonggaran dan kadar caj penalti ini akan ditentukan berdasarkan data yang dikumpulkan sepanjang fasa percubaan.

facebook KL International Airport
facebook KL International Airport_

Dalam pada itu, Malaysia Airports menafikan maklumat tidak tepat yang tular di media sosial berhubung pelaksanaan fasa percubaan VAMS.

Berkaitan

  • Pelancaran Lorong Imbasan Kod QR Di KLIA: Proses Imigresen Lebih Pantas Tanpa Kompromi Keselamatan
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • MyKad Baharu Akan Dilengkapi Data Biometrik Imej 10 Cap Jari, Iris Mata
  • Aplikasi 'All Indonesia' Kini Wajib Dipasang Pengembara Antarabangsa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY