Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia Kerjasama Dengan EBB Untuk Naik Taraf Pusat Data AI Open DC

Nokia Kerjasama Dengan EBB Untuk Naik Taraf Pusat Data AI Open DC

Diterbitkan September 2, 2025 · Dikemas kini September 2, 2025 oleh Amalina Athman

Nokia hari ini mengumumkan kerjasama dengan Extreme Broadband (EBB) dan anak syarikat miliknya, Open DC, bagi menaik taraf pusat data kecerdasan buatan (AI) Open DC.

Menerusi kerjasama ini, penyelesaian rangkaian IP Nokia akan digunakan oleh EBB untuk menghubungkan enam pusat data AI yang merangkumi CJ1 Cyberjaya, JB1 Menara MSC Cyberport dan JB2 Menara Ansar di Johor Bahru, PE1 Menara Suntech dan Taman Perindustrian PE2 Bayan Lepas di Pulau Pinang serta D8-1 yang bakal beroperasi di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Infrastruktur baharu ini dijangka menyediakan rangkaian lebih stabil dengan keselamatan yang dipertingkatkan.

Selain itu, Nokia dan EBB turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang penyelesaian pusat data serta rangkaian quantum-safe (QSN). Kerjasama ini merangkumi pembangunan strategi bersama bagi pusat data dan sambungan AI, termasuk perkhidmatan nilai tambah seperti sambungan multi-awan.

Projek ini juga melibatkan ujian dan pengesahan teknologi Nokia seperti Data Center Gateway, Data Center Fabric dengan Event-Driven Automation (EDA), selain perlindungan dan mitigasi DDoS.

Untuk tujuan keberkesanan tenaga, Nokia akan menggunakan penghala 7250 Interconnect dan 7220 Interconnect dalam pelaksanaan rangkaian baharu ini.

Berkaitan

  • Pusat Data Generasi Baharu Dibuka Di Pulau Pinang, Sokong AI Dan Teknologi Rendah Karbon
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • Projek Solar 1.5GW Gentari–Gamuda Sokong Pusat Data Malaysia
  • Huawei Lancar Storan AI SSD Untuk Pusat Data

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY