Pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol RON95 akan menggunakan pelbagai mekanisme pembayaran, dan tidak hanya bergantung pada penggunaan MyKad fizikal semata-mata. Memetik laporan Bernama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata orang ramai tidak perlu bimbang sekiranya menghadapi kesukaran membeli petrol bersubsidi menggunakan MyKad kerana terdapat pelbagai mekanisme disediakan. Antaranya…
Cara ‘Remove’ Akses CIMB OCTO Dari Peranti Lama Sebelum Tukar Telefon
Mulai 24 September 2025, CIMB mewajibkan pengguna untuk buang atau delink peranti lama terlebih dahulu sebelum memasang aplikasi CIMB OCTO di telefon baharu. Tanpa langkah ini, proses log masuk tidak akan berjaya. Perubahan ini dilakukan demi meningkatkan keselamatan perbankan digital. Dengan memastikan hanya peranti yang sah digunakan, CIMB dapat melindungi akaun pelanggan daripada risiko dicapai…
CIMB Tukar Cara Log Masuk Aplikasi OCTO Bermula 24 September 2025
Pengguna CIMB perlu ambil perhatian kerana bermula 24 September 2025, bank itu akan memperkenalkan perubahan pada CIMB Online Banking Agreement yang melibatkan cara log masuk dan pemasangan aplikasi CIMB OCTO. Sebelum ini, pelanggan yang mahu menggunakan aplikasi di telefon baharu boleh terus pasang dan aktifkan, manakala peranti lama akan terpadam secara automatik. Namun selepas tarikh…
“Jangan Kongsi Imej AI Palsu Guna Logo Kami” – Bandai
Bandai dan BANDAI SPIRITS mengeluarkan amaran berikutan peningkatan penggunaan teknologi AI untuk menghasilkan gambar figura yang memaparkan logo dan simbol berdaftar milik syarikat itu. Dalam satu kenyataan rasmi syarikat itu, mereka menyatakan bahawa gambar-gambar ini sering dikongsi di media sosial, menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang menyangka ia adalah produk rasmi Bandai. Ekoran itu, Bandai…
Kajian Lembu Dengan Corak ‘Zebra’ Menang Hadiah Ig Nobel 2025
Sekumpulan penyelidik Jepun memenangi Hadiah Ig Nobel dalam bidang biologi kerana kajian unik mereka yang menunjukkan lembu yang dicat dengan corak belang seperti zebra didapati jauh lebih sedikit digigit lalat berbanding lembu biasa. Penyelidikan ini yang dijalankan sejak 2019 dahulu menggunakan lembu Hitam Jepun. Ia diketuai oleh Tomoki Kojima yang bertugas di Organisasi Penyelidikan Pertanian…
NVIDIA Dan Intel Bekerjasama Bangunkan PC Masa Depan
NVIDIA dan Intel mengumumkan kerjasama untuk membangunkan beberapa generasi produk pusat data dan komputer peribadi (PC) yang menggabungkan kepakaran kedua-dua syarikat itu. Intel akan mereka bentuk CPU x86 khas untuk platform infrastruktur AI NVIDIA, manakala sistem-on-chip (SoC) baharu akan menggabungkan cip GPU NVIDIA RTX untuk komputer berprestasi tinggi. Teknologi NVLink akan digunakan untuk menyambungkan seni…
