Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
subsidi minyak_BERNAMA

Subsidi RON95 Akan Guna Pelbagai Mekanisme, Bukan MyKad Semata-Mata

Diterbitkan September 22, 2025 · Dikemas kini September 22, 2025 oleh Amalina Athman

Pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol RON95 akan menggunakan pelbagai mekanisme pembayaran, dan tidak hanya bergantung pada penggunaan MyKad fizikal semata-mata.

Memetik laporan Bernama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata orang ramai tidak perlu bimbang sekiranya menghadapi kesukaran membeli petrol bersubsidi menggunakan MyKad kerana terdapat pelbagai mekanisme disediakan.

Antaranya termasuk melalui aplikasi yang disediakan syarikat minyak seperti Setel dan Shell App yang membolehkan pengguna menikmati subsidi dengan lebih mudah dan cepat.

Pengguna juga boleh menggunakan kaedah pembayaran di terminal pembayaran di luar atau di dalam stesen minyak untuk membeli petrol bersubsidi itu… Walaupun semuanya akan disandarkan kepada kelayakan yang ada dalam MyKad, pembelian itu tidaklah hanya bergantung pada satu kaedah semata-mata.

Dalam pada itu, Armizan menegaskan kerajaan telah membuat persiapan yang rapi sejak awal tahun bagi memastikan kelancaran pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 yang akan diumumkan Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Cara Memohon Gantian MyKad Yang Hilang Atau Rosak Secara Dalam Talian
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Pastikan Cip MyKad Berfungsi Untuk Nikmati Subsidi RON95 - Saifuddin
  • RON95 RM1.99 Seliter Mulai 30 September – Guna MyKad, e-Dompet TNG Atau Aplikasi Stesen Minyak

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY