Buat pertama kalinya dalam sejarah untuk Kereta Elektrik (EV), Tesla menerusi Model Y telah berjaya menjadi sebagai kereta penumpang paling popular di dunia, sekali gus mengatasi Toyota Corolla pada 2023. Menurut data yang dikeluarkan oleh Jato Dynamics, Tesla menjual sejumlah 1.22 juta kenderaan Model Y di seluruh dunia pada 2023 iaitu peningkatan sebanyak 64 peratus…
Pengguna Instagram Kini Boleh Buat ‘Live’ Untuk Pengikut Terpilih
Instagram kini memperkenalkan cara untuk melakukan penstriman langsung kepada khalayak yang lebih kecil dan peribadi. {suggest} Mulai hari ini, pengguna Instagram mempunyai pilihan melakukan ‘Live’ atau siaran langsung untuk senarai “Close Friends” sahaja. Sementara itu, sehingga tiga akaun lain boleh menyertai Live dan melakukan penstriman dengan hos asal. Sebelum ini, Live di Instagram bermakna sesiapa…
Aplikasi Final Cut Camera Kini Tersedia Untuk iPhone
Apple hari ini melancarkan aplikasi Final Cut Camera di App Store, bersama-sama kemas kini Final Cut Pro untuk versi Mac dan iPad. {suggest} Dengan ciri Live Multicam, ia membolehkan pengguna menyambung sehingga empat peranti yang menjalankan Final Cut Camera untuk pratonton, rakam dan sync sudut kamera secara wayarles dalam Final Cut Pro untuk iPad. Walaupun dilancarkan…
YouTube Sahkan Tindakan Terhadap Pengguna VPN Akses Pelan Premium Lebih Murah
Minggu ini, sebilangan pengguna Reddit memaklumkan bahawa pelan langganan Premium telah dibatalkan kerana menggunakan VPN. Kini, YouTube mengesahkan bahawa ia sedang mengambil tindakan tegas terhadap pelanggan Premium yang cuba menggunakan VPN untuk mengakses harga langganan lebih murah di negara lain. {suggest} Dalam kenyataan kepada TechCrunch, syarikat itu mengesahkan bahawa ia boleh mengesan apabila pelanggan memalsukan…
Kerajaan AS Haramkan Perisian Antivirus Kaspersky
Biro Industri dan Keselamatan (BIS) Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat hari ini mengumumkan sekatan perisian antivirus Kaspersky Lab berikutan kebimbangan keselamatan negara. {suggest} Menurut Reuters, sumbernya memberitahu bahawa hubungan rapat Kaspersky dengan kerajaan Rusia menimbulkan risiko keselamatan negara. Ia berpotensi membenarkan syarikat perisian itu mencuri maklumat sensitif, memasang perisian hasad atau menahan kemas kini kritikal daripada…
CelcomDigi Bersedia Lengkapkan Perjanjian Langganan Saham Bersyarat Dan Memulakan Proses Bina Rangkaian 5G Kedua Malaysia
CelcomDigi Bhd mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk memuktamadkan perjanjian langganan saham bersyarat (SSA) dan memulakan proses membina rangkaian 5G kedua Malaysia. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, CelcomDigi berkata semua syarat terdahulu dalam SSA bersyarat yang dimeterainya dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MOF Inc) dan Digital Nasional Bhd (DNB) pada 1 Dis 2023 telah dipenuhi. Pengumuman ini…
