Pengguna OnePlus Akan Terima Android 14 Bermula 25 September

Walaupun Google belum lagi melancarkan versi stabil Android 14, OnePlus kini mengumumkan pelancaran global OxygenOS 14 yang berasaskan versi Android itu, pada 25 September 2023.

{suggest}

Menurut OnePlus, OxygenOS 14 akan menjadi sistem operasi pertama yang dilancar berasaskan Android 14.

Kemas kini OxygenOS 14 akan memberi tumpuan besar pada prestasi, dengan memperkenal platform Trinity Engine. Ia menggabungkan enam teknologi termasuk CPU Vitalization, RAM Vitalization, ROM Vitalization, HyperBoost, HyperTouch, dan HyperRendering.

Dengan gabungan teknologi ini, ia dikatakan mampu memberi kecekapan tenaga yang lebih baik, keupayaan berbilang tugas, serta pengalaman keseluruhan yang lebih pantas dan lancar dalam penggunaan jangka panjang.

Dari segi ketersediaan, OnePlus berkata OxygenOS 14 akan tersedia bermula 25 September, tetapi belum jelas senarai peranti yang akan menerima OxygenOS 14 terlebih dahulu.

Sehingga itu, nantikan pelancaran OxygenOS 14 pada 25 September kelak.

Jika anda mahu beli peranti daripada OnePlus, boleh ke laman jualan rasmi mereka di Shopee atau Lazada.

Sumber: OnePlus