Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tanda mata rosak

Optometris Ini Beri Panduan Kenali Tanda Mata Makin ‘Rosak’ Akibat Telefon Pintar

Diterbitkan April 17, 2024 · Dikemas kini April 17, 2024 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia tahu, penggunaan telefon pintar dan komputer yang berpanjangan seharian akan memberi kesan terhadap kesihatan mata kita.

Namun ramai yang tidak sedar akan tanda-tanda bahawa mata mereka semakin ‘rosak’ kesan daripada melihat skrin.

Justeru itu, adalah penting untuk menyedari bahawa mata anda perlu rehat daripada melihat skrin yang berpanjangan bagi mengelakkan daripada mata menjadi rosak.

Seorang Optometris bernama Shahrizal Redwan menerusi akaun TikTok, yang banyak berkongsikan sains berkaitan rabun, merawat mata stress dan juling sebab telefon pintar telah berkongsikan 5 tanda yang patut anda risau yang menunjukkan mata anda sudah semakin rosak akibat telefon pintar.

Screen Shot 2024-04-17 at 11.17.32 AM

1. Mata Kering

Beliau menjelaskan, apabila mata melihat sesuatu di skrin (telefon, komputer atau tv), kelopak mata menjadi kurang berkelip. Kesannya, mata menjadi kering kerana ia tidak disapukan dengan air dengan sekata.

Itu sebabnya anda terasa mata menjadi pedih apabila dipejam kerana mata terlampau kering.

2. Mata terlalu penat

Melihat skrin berpanjangan menyebabkan mata jadi terlalu penat. Kata beliau, jika dulu boleh melihat sehingga berjam-jam lamanya, tapi kini anda rasa mata terlalu penat sangat walaupun 30 minit sahaja melihat skrin telefon pintar.

3. Pandangan jadi lebih kabur

Jika anda memandang jauh selepas melihat telefon dan pandangan anda menjadi kabur, itu adalah antara tanda bahawa mata anda semakin teruk.

Beliau menyatakan pernah menemui kes di mana walau selepas lebih 30 minit pun, pesakitnya masih belum dapat mempunyai pandangan yang jelas selepas melihat skrin telefon.

Isu ini katanya berkaitan dengan keupayaan sistem fokus pada mata.

Optometris Ini Beri Panduan Kenali Tanda Mata Makin ‘Rosak’ Akibat Telefon Pintar

4. Sakit kepala

Satu lagi tanda mata anda semakin rosak menurut Shahrizal adalah anda akan berasa sakit kepala. Jelas beliau, ini terjadi kerana mata anda banyak bergerak apabila melihat paparan di telefon.

“Bermakna, ada mata, salah satu mata yang bergerak tak nak tengok betul-betul tepat pada skrin phone tu.”

Beliau memberi contoh, anda mungkin mengalami keadaan apa yang dikenali sebagai “double vision” di mana kita memaksa mata yang sudah penat untuk fokuskan penglihatan dengan kedua-dua mata.

5. Tidur terganggu

Tanda yang kelima bahawa mata anda semakin rosak menurut Shahrizal adalah tidur anda terganggu.

Beliau menjelaskan, ada pendapat yang mengesyorkan supaya anda jangan melihat telefon 3 jam sebelum tidur bagi atasi masalah ini. Ini kerana, kesan cahaya biru dipancarkan skrin telefon boleh menyukarkan anda tidur.

Optometris Ini Beri Panduan Kenali Tanda Mata Makin ‘Rosak’ Akibat Telefon Pintar

Jadi, jika anda ada tanda-tanda seperti yang dinyatakan, bolehlah segera ambil peduli dengan berusaha mengurangkan melihat telefon pintar sebelum penglihatan anda semakin teruk sehingga mengganggu kesihatan.

Juga disyorkan anda segera dapatkan rawatan bagi mengatasi masalah mata anda.

@shahrizalredwan

Siapa ada salah satu tanda ni? Atau lebih? 🧐 #optometrist #rabun #sakitkepala #doublevision #visiontherapy #juling #lazyeye

♬ Epic Motivational – Viongga Music

Shahrizal Redwan merupakan Pengasas Rizal Optometris & Vision Therapy Center HQ yang menawarkan perkhidmatan rawatan mata dan program terapi penglihatan.

Screen Shot 2024-04-17 at 11.18.44 AM

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY