Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Watch X_1

OPPO Watch X Dilancarkan Pada Harga RM1,399

Diterbitkan Februari 29, 2024 · Dikemas kini Februari 29, 2024 oleh Amalina Athman

OPPO Malaysia hari ini melancarkan jam pintar terbaharu, iaitu OPPO Watch X. Ia merupakan ‘kembar seiras’ atau versi global OnePlus Watch 2 yang dilancarkan baru-baru ini.

Berkaitan

  • OPPO Reno11 Akan Hadir Dengan Ciri AI Generatif Suku Kedua Tahun Ini
  • OnePlus Watch 2 Dilancarkan - Wear OS 4, Ketahanan Bateri 100 Jam
  • MWC 2024: OPPO Tayang Prototaip Air Glass 3 Dengan Akses AndesGPT

OPPO Watch 2 menampilkan kerangka keluli tahan karat dengan tali jam getah. Skrin dari jenis AMOLED bersaiz 1.43-inci, dengan resolusi 466×466 serta maksimum kecerahan 600 nit. Sama seperti jam pintar lain, ia juga menyokong ciri pemantauan kesihatan dan sukan, serta terdapat lebih 100 muka jam.

OPPO Watch X_2

Dengan bateri berkapasiti 500mAh, OPPO menyatakan jam ini mampu bertahan sehingga 100 jam untuk penggunaan biasa dan 48 jam bagi penggunaan berat dalam Smart Mode. Jika digunakan bersama Power Saver Mode, ia mampu bertahan sehingga 12 hari untuk sekali pengecasan penuh.

Terdapat dua cip yang dimuatkan pada OPPO Watch X – Snapdragon W5 Gen 1 dan MCU BES2700 bersama 2GB RAM dan 32GB storan.

Cip BES2700 dengan sistem operasi RTOS boleh menjalankan tugasan seperti menjawab panggilan dan paparan notifikasi, manakala cip Snapdragon W5 Gen 1 mengendalikan tugas utama dengan Google Wear OS.

OPPO Watch X melepasi standard MIL-STD-810H serta mempunyai sokongan IP68 dan 5ATM. Dari segi sambungan, jam ini menyokong Bluetooth 5.0, Wi-Fi, NFC, GPS, Google Wallet, serta serasi dengan peranti Android 8.0 dan terkini.

OPPO Watch X_3

Pada harga RM1,399, OPPO Watch X tersedia dengan dua pilihan warna iaitu Platinum Black dan Mars Brown. Bagi pembelian awal OPPO Watch X bermula 29 Februari hingga 21 April 2024, pengguna layak menerima rebat RM100.

OPPO Watch X_4

Untuk pembelian OPPO Watch X, layari kedai rasmi di OPPO Store, Shopee atau Lazada.

Sumber: Siaran Media OPPO Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY