Blogger digital terkenal, DigitalChatStation hari ini telah memberi satu maklumat mengenai peranti andalan daripada OPPO dengan cip Snapdragon 875 untuk tahun hadapan.
Selain cip pemproses baharu, OPPO juga dijangka akan menggunakan resolusi 3K pada paparannya serta kadar penyegaran yang tinggi. Find X2 sebelum ini hanya pada resolusi 3168×1440.
Tambahan lagi, OPPO juga telah menguji penyelesaian dua kamera utama dimana mereka guna sensor Sony IMX7xx yang disesuaikan, CMOS yang lebih besar dan sokongan piksel yang lebih tinggi.
Tahun lepas, OPPO telah pun melancarkan Find X2 dimana peranti andalan ini dilengkapi Snapdragon 865 serta tiga kamera.
Malah, barisan Find X OPPO adalah peranti paling baik dalam jenama ini. Menurut OPPO, siri Find baharu akan dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan.
Sumber: DigitalChatStation via