Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Sahkan Mereka Sedang Bangunkan Cip Pemprosesan Untuk Peranti Pintar

OPPO Sahkan Mereka Sedang Bangunkan Cip Pemprosesan Untuk Peranti Pintar

Diterbitkan Februari 18, 2020 oleh Meor Hasyim

Hanya beberapa kerat pengeluar peranti pintar sahaja yang mampu menghasilkan cip untuk diri mereka sendiri. Samsung, Apple, dan Huawei sahaja syarikat sedemikian. Menambah kepada senarai tersebut, OPPO nampaknya ingin juga menghasilkan cip kustom sendiri untuk kegunaan peranti pintar mereka.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa OPPO sedang membangunkan cip pemprosesan tersendiri dinamakan OPPO M1. Namun rupa-rupanya ia bukanlah cip pemprosesan, akan tetapi hanyalah sebuah co-processor yang direka untuk membantu cip pemprosesan utama dalam peranti mereka.

Kini pihak OPPO telah disahkan kali ini mereka memang mahu bangunkan cip pemprosesan yang sebenar untuk peranti pintar. Melalui laporan, OPPO telah berkongsi sebuah dokumen kepada pekerja mereka mengenai “Mariana Plan” yang merujuk kepada cip mereka itu.

CEO OPPO, Chen Yongming turut mendedahkan bahawa syarikatnya akan melabur sebanyak 50 billion yuan dalam jangka masa 3 tahun termasuklah pembangunan cip mereka. Buat masa ini, tiada maklumat mengenai peranti yang akan menggunakan atau tarikh pelancaran cip tersebut.

Jika anda masih ingat, Xiaomi juga sebelum ini pernah membangunkan cip mereka tersendiri yang dinamakan Surge S1 pada tahun 2017. Walau bagaimanapun, ia tidak mendapat sambutan dan hanya digunakan dalam satu model sahaja iaitu Xiaomi Mi 5C.

Sama ada OPPO berjaya atau tidak bangunkan cip mereka ini, kita tunggu dan lihat sahaja.

Sumber: CNBeta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY