Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Oppo R15 Muncul Tampilkan Bingkai Nipis Dengan Rangka Logam

Oppo R15 Muncul Tampilkan Bingkai Nipis Dengan Rangka Logam

Diterbitkan Februari 24, 2018 · Dikemas kini Februari 24, 2018 oleh Wiser MY

Khabar angin mengenai peranti Oppo R15 muncul di laman yang terkenal dengan berita-berita ketirisan, Weibo. Oppo dikatakan mahu terus menggunakan angka 15 dari menggunakan angka 13 dan pada ketika ini masih tidak dapat dipastikan mengapa mereka berbuat demikian.

Dan kalau mengikut gambar yang tertiris, R15 mungkin menjadi satu lagi peranti yang akan mengikut rekaan iPhone X dan Essential.

i (1)

Terdapat 2 versi dikatakan akan keluar, satu bersaiz normal dan satu lagi bersaiz besar dengan nama R15 Plus. Saiz skrin paparan adalah bersaiz 6″inci untuk saiz normal dan untuk model Plus, 6.4″ inci. Kedua-dua peranti diramalkan akan menggunakan cip kelas pertengahan dari Qualcomm iaitu Snapdragon 670.

i (2)

i (3)

i (4)

Panel belakang pula memperlihatkan tetapan dwi kamera bersama-sama pengimbas cap jari. Tidak dapat dipastikan lagi samada peranti ini akan menggunakan sistem nyahkunci menggunakan wajah seperti peranti Oppo F5. Butiran lain tidak lagi diketahui buat masa ini dan butiran lain pasti bakal muncul pada masa akan datang.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY