Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO SLIDE PHONE

OPPO Perlihatkan Peranti Konsep Dengan Tiga Skrin Boleh Lipat

Diterbitkan Disember 14, 2020 · Dikemas kini Disember 14, 2020 oleh Amalina Athman

Pada masa ini, OPPO belum lagi melancarkan telefon boleh lipat. Akan tetapi, boleh dilihat OPPO sedang membangunkan peranti boleh lipat yang lebih baik berbanding pengeluar lain.

OPPO Perlihatkan Peranti Konsep Dengan Tiga Skrin Boleh Lipat

Terbaru, jenama telefon pintar dari China itu telah mendedahkan peranti konsep baharu yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat reka bentuk dari Jepun, nendo. Peranti konsep “slide-phone” ini direka dengan tiga skrin yang boleh dilipat dan dibuka dengan menggunakan sokongan engsel.

OPPO slide phone
Rekaan konsep “slide-phone”

Menurut OPPO, fleksibiliti untuk mengubah saiz telefon ini boleh disesuaikan mengikut keperluan. Sebagai tambahan, stylus turut dimuatkan pada telefon ini yang membolehkan pengguna memperluaskan lagi produktiviti mereka dengan menggunakan telefon ini.

OPPO slide phone
OPPO slide phone

Lipatan pertama adalah berukuran 40mm dengan fungsi mudah yang tidak memerlukan skrin penuh. Ianya sesuai bagi membuat panggilan, menerima notifikasi dan antaramuka permainan muzik. Lipatan kedua berukuran 80mm pula sesuai digunakan bagi merakam gambar dan sebagainya.

OPPO slide phone

Sementara itu, skrin penuh telefon ini berukuran 7-inci dengan binaan yang memanjang dan langsing. Memandangkan ia hanya peranti konsep, belum diketahui jika ia akan dikomersialkan atau sebaliknya.

Terdahulu, OPPO telah memperlihatkan peranti konsep OPPO X 2021 yang dibangunkan dengan panel OLED boleh gulung.

Sumber: OPPO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY